Jangan kutuk Proton Tiara, sekali berhias meleleh air liur

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Perusahaan Automobil Nasional (Proton), yang memperkenalkan jenama pertamanya iaitu Saga pada tahun 1985,

Terus merangka strategi setiap tahun untuk menghasilkan produk kereta terbaik dari Malaysia.

Walaupun model-model seperti Saga, Iswara, dan kemudian Wira telah berjaya memperkenalkan Proton dalam arena automotif global,

Jangan kutuk Proton Tiara, sekali berhias meleleh air liur

Terdapat satu model yang kurang mendapat perhatian berbanding model-model yang lain, iaitu Tiara.

Proton Tiara, sebagai kategori kereta kompak pertama Proton, merupakan hasil usahasama dengan syarikat automotif utama dari Perancis, iaitu PSA Citroën dan Peugeot.

Pada April 1996, Proton telah melakukan usahasama bersama PSA Citroën dan Peugeot dan terus tertubuhnya USPD (Usahasama Proton DRB Sdn. Bhd.) untuk membina Tiara.

Antara kereta model Proton Tiara yang menyertai perhimpunan Retro Havoc baru-baru ini.
Malangnya, model Tiara tidak mendapat sambutan yang menggalakkan jika dibanding dengan model abang-abangnya terdahulu yang menggunaka platform Mitsubishi.

Ketika awal 2000-an, harga Tiara jatuh teruk sehingga RM1,000 malah ada yang jual dua biji sekali yang mana satu diguna dan satu lagi dijadikan sebagai alat ganti.

Malah pada perhimpunan Ratro Havoc baru-baru ini, Proton Tiara tetap dipamerkan oleh peminatnya yang masih kebal membela jenama tersebut sehingga kini.

Baca juga :“Baru kahwin, anak pun tiada, kenapa nak sewa rumah besar? Kami nak mak ayah selesa bila datang katanya, sekali lain pula jadi bila dah 2 bulan menyewa”