Bulan 1 haritu ada sepasang suami isteri muda ni tandatangan perjanjian sewa rumah berkembar 2 tingkat, 5 bilik 3 bilik air. Tempoh sewaan 3 tahun utk sewa RM1,500.00 sebulan.
Mereka baru berkahwin bulan 12.
Saya masih ingat, saya tanya mereka, kenapa nak sewa rumah besar² sedangkan hidup berdua je, lagipun baru kahwin. Cari rumah kecil pun cukup.
Mereka jawab, keluarga kami ramai. Mak ayah adik beradik. Kami nak mereka selesa bila dtg ke rumah kami, masing² ada bilik kalau dtg bermalam.
Saya kata, sewa rumah teres setingkat pun cukup kot.
Dia kata, isterinya tak bekerja. Dia takut isterinya bosan duduk rumah tak buat apa, sbb tu dia nak sewa rumah yg ada halaman, nanti isterinya boleh tanam pokok ke apa.
Saya tanya lagi, kenapa tak beli je rumah. Kalau bulanan RM1,500.00, rasanya dia boleh beli rumah dlm anggaran harga RM200k. Rumah teres 4 bilik boleh dpt In Shaa Allah.
Dia kata, bukan senang nak beli rumah. Komitmen tinggi. Lagipun dia takkan dpt rumah spt yg dia nak. Lagipun katanya, sewa rumah senang. Kalau taknak rumah tu, boleh pindah rumah lain. Tapi kalau beli, tak boleh nak pindah mana² dah.
Ok, setakat itu saja saya ‘menyibok’.
Saya ni org tua, pengalaman masa muda, mungkin boleh di adaptasi kpd warga muda, utk jadikan panduan.
Tapi dia dah tahu apa yg dia perlu & nak. Jadi, saya tak boleh nak cakap lebih².
Pada saya, dia mampu & dah fikir panjang sblm buat keputusan sewa rumah ni.
Awal bulan 8 baru ni, tuan rumah call saya, katanya penyewa ni tak bayar sewa dah 2 bulan. Deposit pun 2 bulan. Mcmmana? Dia tanya saya.
Saya call penyewa ni tanya kenapa tak bayar sewa dah 2 bulan?
Katanya dia tak boleh bayar. Duit tak cukup. 💆🏻
Komitmen tinggi katanya. Nak bayar duit kereta, hutang perabot kat court mammoth, hutang tv kat Aeon credit. 🤦🏻
Mulanya saya nak menyibok lagi, tanya psl semua hutang² tu, tapi sbb ingat kata²nya dulu, bahawasanya dia lebih tahu apa yg dia perlu & mampu, lalu saya batalkan hasrat nak menyibok tu..hahahaha….
“Jadi, mcmmana skrg?” Saya tanya.
“Saya akan pindah keluar. Tapi kena bagi masa sbb byk barang nak angkut. Kena sewa lori. Isteri saya pulak tgh alahan mengandung tu,”. Katanya masih dgn suara yg agak tinggi.
Entahlah kenapa saya rasa beratnya beban kat kepala dia. Tapi takpelah, itu pilihan dia.
Di hujung talian, dia sempat mengungkit kata² saya dulu,
“Kalau saya ikut cadangan puan utk beli rumah, mesti lagi teruk saya kena. Nasib baik saya tak ikut cadangan tu,”
Lalu saya jawab, “Sbb selalunya kalau org mampu sewa rumah RM1,500 sebulan, mestilah pendapatan dia besar, dgn isteri tak bekerja lagi. Sepatutnya dia mampu bayar ansuran RM1,500 sebulan. Tambahan encik nampak yakin dgn kedudukan kewangan encik.
Mana tau encik byk hutang. Encik takut komitmen kalau beli rumah, tapi tahu tak berhutang perkara lain, bayar sewa rumah semua tu, itu pun adalah komitmen.”
Dia diam.
“Puan tahu tak kat mana ada rumah murah² utk disewa?” Dia tanya.
Saya jawab, “Saya tak tahu kategori mcmmana yg encik nak.”
“Tak kisah, asalkan murah,” sahutnya. Saya kata kalau ada nanti saya beritahu.
Maaf saya cakap, kalau baru berkahwin, eloklah sewa rumah kecil je. Sedara mara nak dtg rumah berapa hari je, paling lama seminggu. Selain dari tu, berdua je suami isteri.
Tak perlu beli barangan mcm² sampai sanggup berhutang.
Beli yg perlu . Kalau nak tv, beli je tv kecil, takyah sampai 40 inci.
Bukannya boleh masuk dlm tv tu pun. Kalau perlu kereta, beli yg murah² je. Asalkan elok, boleh sampai ke tempat dituju.
Jgn buat hutang pada kehendak. Kalau mampu takpe. Ni cerita kalau keperluan pun tak lepas, dah hutang utj kehendak. Akhirnya susah.
Baru kahwin, stabilkan hidup dulu. Kukuhkan kewangan. Yg kehendak ni boleh fikir kemudian.
Maaf kalau saya salah cakap.
Saya cuma org tua yg dah lalui mcm² pengalaman.