Assalam, terima kasih admin sebab siarkan luahan hati aku dan tolong rahsiakan identiti aku.
Nama aku Hani (bukan nama sebenar) berumur 27 tahun. Seperti yang korang baca tajuk tertera,
Mesti korang fikir aku seorang yang jaahat. Ye aku mengaku, aku jaahat dan cemburu.
Tapi itu dulu, sekarang aku sikit sikit berubah ke arah kebaikan
Cerita aku bermula dengan abang No 2 aku yg aku gelar sebagai Naim mula mendirikan rumah tangga. Akak ipar aku cantik, ada master, lemah lembut, sedikit pendiam tapi ramah, pembersih dan rajin.
Mula mula akak ipar aku ni ok tapi nampak la sedikit kekok bila masuk ke dalam keluarga baru, cakap pun tak banyak tapi bukan sombong ye. Sentiasa senyum.
Aku ok je dengan akak ipar aku ni tapi bukan bagi mak aku. Buat pengetahuan korang, mak aku ni cerewet, level maksimum. Tak mahu mengalah dan fikir sentiasa betul.
Bagi mak aku, cara dia je betul dan orang kena ikut cara dia. Tak boleh dimarah, malah kalau ayah aku marah mak aku atas sebab sebab tertentu, mak aku akan lepaskan kemarahan geram dia kepada anak anak.
Aku sebagai anak dah lali, kalau aku rimas, aku keluar rumah termasuk abang, kakak dan adik aku. Kakak ipar aku ni yang aku nampak dia jenis berterus terang dan dan sebab sifat terus terang dia lah mak aku tak boleh terima.
Insiden bermula akak ipar aku ajak kemas rumah sebab banyak barang dan bersepah. Kakak ipar aku cakap dekat kakak aku seorang lagi tapi mak aku terdengar.
Bagi mak aku, kakak ipar aku macam sindirlah. Mak aku tak boleh terima dan cop dia kurang ajar. Tapi hmmmm bagi aku memang betul pun.
Rumah aku bukan takat bersepah, nak pijak lantai pun geli. Buat pengetahuan semua, kami adik beradik dah biasa hidup dalam keadaan macam tu.
Mak tak suka barang teralih jadi kami tak kemas rumah. Tunggu raya baru kemas. Setahun sekali la kan?aku bukan nak burukkan mak aku tapi manusia tidak ada yang sempurna kan.
Tiap kali akak ipar aku datang rumah, mak aku masam muka, tak bercakap, tak tengok muka akak ipar aku sebab terasa dengan dia. Aku rasa kakak ipar aku perasan tapi dia senyap je tak layan.
Apa yang kakak ipar aku buat memang semua tak kena dimata mak aku. Kakak ipar aku tak ada dirumah, sebakul sumpah untuk dia mak aku hadiahkan.
Kami tadah je telinga. Bila mak aku macam tu aku.. Tah la aku pun terikut sekali benci kat kakak ipar aku. Tak tahu kenapa. Jahatkan aku? Padahal kakak ipar aku layan aku elok.
Bila aku dah tak tahan bebelan mak aku, aku stress, aku WhatsApp kakak ipar aku, cakap macam macam. Akak ipar baca dan respon ok je siap emoji senyum.
Apa yang kakak ipar aku post di media sosial, aku sampaikan pada mak aku cakap dia habiskan duit abang aku pergi sini sana, macam2 aku buat.
Bila mak aku berubah muka, aku rasa puas. Puas sangat. Jaahatkan aku? Kerja jahat aku setahun lamanya, setahun tu juga akak ipar aku bersabar.
Datang rumah berlagak macam tiada apa yang jadi. Senyum siap bawa buah atau makanan lagi. Abang kandung aku? Dia macam tak tahu apa apa. Aku syak kakak ipar aku pandai simpan rahsia. Bijak kan dia.
Bila aku kahwin, Allah balas sebijik dengan apa yang aku buat dekat akak ipar aku dulu. Adik ipar semua tak hormat aku.
Lelaki aku pulak rajin herdik aku sebab benda yang remeh. Dia panas baran rupanya, aku baru tahu lepas kahwin dengan dia,hempas barang, menjerit tak tentu pasal, nafkah tak diberi alasan sebab aku bekerja.
Mak mertua aku? Langsung tak kisah pasal aku. Tiap malam aku menangis seorang seorang. Lagi lagi dalam bilik air atau dalam tandas. Di tempat kerja aku berlakon jadi seorang yang happy.
Aku menyesal.. Menyesal yang teramat. Mak aku pulak dapat peny4kit str0k sebelah badan kiri. Yang jaga mak aku tahu siapa? Kakak ipar yang selalu jadi bahan umpatan.
Dari mak aku bangun tidur sampai mak aku masuk tidur, kakak ipar aku yang settle kan. Dia sanggup berhenti kerja sebab nak jaga mak aku, dia anak yatim piatu dan ada abang di luar negara.
Hebatkan balasan yang aku dapat. Kalau aku boleh putar waktu, aku nak kembali di masa lalu. Ubah apa yang aku dah lakukan.
Apa reaksi warganet, ramai yg bg nasihat dan kongsi pengalaman
Safiah Ahmad, Apasal ko tak jaga mak kau?..Cube teke siapa jaga mak aku… ei… nak muntah aku baca… untuk kau.. hmmm masa tak boleh diputar balik.. hadap je la…. bukan 1 masalah kau tapi 4… mak mentua tak suka, laki panas baran, laki tak bagi nafkah, ipar tak suka ko… kifarah… Entahlah…
Hati aku s4kit pulak baca pengakuan ko ni… ikutkan malas nak bagi pendapat. Biar ko sengsara… tapi sebab Jumaat yang barokah ni… aku bagi la pendapat… ko buat aje la solat taubat …mintak maaf kat kakak ipar kau tu .. jaga sama la mak kau yang str0k tu.. jangan lepas tangan pulak.
Soraya, Aku rasa itu la doa kakk ipaq hang tiap malam.. Bg hang rasa apa yg dia rasa.. Kalau hang free p la balik umah mak bawak maknan sedap2 sikit jamu kakak ipaq tu.. Bg dia rasa dihargai dan seronok..
Hilang sikit penat dia jaga mak hang yg strok tu.. Jaga org s4kit ni penatttttt gile.. Sabtu ahad hang amik giliran pulak jaga mak kat umah.. Boleh la kak tu lurus 2 kaki sat
Azlina, Kifarah tu ada sis.. Allah bayar cash.. apa perbuatan yg kita buat kt orang. Kita akan dapat balik kt kita. Tak lambat tak cepat. Kakak ipar sis tu anak yg baik. Tak melawan tak membalas apa yg sis n mak sis dh buat kt dia.. sis pergi mintak maaf balik kt dia.
lupakan kisah lama.. mulakan hidup yg baru.. kakak ipar awak tu baik sangat even dia dilayan buruk oleh sis n mak sis.. santunilah anak yatim.. tak rugi pun.. berbuat baik lah sesama manusia n haiwan sekali pun.. tak rugi sis.. ambik yg jernih buang yg keruh.
Perbaiki semula hubungan baik sis n kakak ipar.. dia dh sebahagian dlm family sis.. ini pengajaran untuk sis dimasa hadapan.. lepas ni beringat lah sis.. Allah tu Maha Adil.. selalu lah bersangka baik sesama manusia.
Rafeah, Memang betul tu, aku pernah dengar cerita yg sama.. Tapi mak mertua tak suka menantu perempuan dan anak bongsu kesayangan dia terima nasib yg sama seperti apa yg dia lakukan kepada menantu perempuan dia. Malah lebih teruk. Kesian pula aku dengar nasib anak perempuan dia. Dan aku percaya balasan Allah itu ada, di atas dunia lagi si pelaku dah terima balasan.
Rita Nordin, Nasib baik insaf. Alhamdulillah. Ada hikmah disebaliknya kejadian. Mak saya pulak jenis yg tak cerewet , jenis cerita apa2 pun dia tak sampaikan, cth anak bercerita, ipar duai bercerita dia diam ja, senyum ja tapi tak respond (tak cakap apa2)
, jadi perkara tak bersambung2, kalau tanya pun akan di jawab tak ada apa2, tak cerewet, tak suka merungut, rajin masak, tak dengki dgn menantu. InsyaAllah saya nak jadi mentua mcm mak saya, yg menjadi pendamai dlm rumah. Semoga dimakbulkan oleh Allah SWT.
Ain Sakinah, biasanya mak ni dia mesti jenis cakap banyak, ada saja tak betul dimata dia, overthinking. mak aku pun. tapi bila mak aku start je nak komplen kak ipar aku, aku akan potong. supaya mak aku tak melarat. kalau dibiar mau berbakul komplen dia keluar. mula2 mmg satu isu. lepas tu satu..satu lagi.
Tengok anak dia jaga cucu lebih dari menantu pun dia bunyi. macam mak leha tu duk kata anak rapat dengan ri berbanding mia. rumahtangga masing2 biarlah masing2 handle.
dorang pun takde bunyi apa2 kan.sekarang mak aku dh xde bunyi pasal ipar2. key dia jangan layan masa emak membebel tu. dengar je takyah respon apa2. lama2 xde la.
Intan Liana, Buat solat taubat dan mintak maaf dengan kakak ipar mungkin hidup awk lebih berkat dan tenang. Zaman skrg mmg Allah bayar cash, moga dimudahkan urusan awk.
Suami awk tu doa lah banyak2 anggap lah ini dugaan awk utk hapus dosa2 yg lalu..hati manusia Allah yg pegang, mintak dengan dia
Mama sy garang n cerewet tp dengan menantu dia kalah, dia ckp anak2 dia boleh dia marah sb ank2 dah kenal mama..menantu ni dh terbiasa didikan keluarga sendiri jd tak boleh buat sesuka hati..tp dia layan mcm anak2 juga..
Syukur sy dpt mentua anggap mcm anak, kalau salah dia tegur kalo betul dia sokong..sb sy pun jenis terus terang xreti nak berpura pura, org mcm ni xsemua org selesa, sb ada yg jenis suka org f4ke.
Adi Fiyyah, Masa xbole putar balik yg bole kite ubah kite ubah mintk maaf kt kak ipar, bertaubat mintk ampun pd Allah sungguh² mudah mudahan semue dipermudahkan… yg lain xperlua komen mcm² nasihat yg baik² je kdg kite pun xtau kite ni cmne di mata org lain kan.
Rosnida, KIFARAH itu wujud. Org putih kata whats goes around comes around. Moga yg fitnah aku dapat balasan setimpal.
So dgn zone yg aku telah wujudkan, aku rasa aman n x sesak otak. Biar la org fikir aku sombong, dr aku s4kit hati s4kit kepala akibatnya ku rela jauhkan diri.
Sumber – Hani (Bukan nama sebenar) via IIUMC
BACA: Lelaki terkejut barang dapur cecah RM890, rupanya sagu harga RM400 jadi punca!