Lelaki terkejut barang dapur cecah RM890, rupanya sagu harga RM400 jadi punca!

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Seorang lelaki, Faiz Ibrahim, memaklumkan kisahnya tentang pengalaman membeli barang di hypermarket yang tidak dijangka.

Faiz terkejut apabila perlu membayar jumlah yang dua kali ganda lebih tinggi daripada biasanya, iaitu RM890,

Tetapi walaupun berasa tidak selesa, dia tetap membayarnya.

Lelaki terkejut barang dapur cecah RM890, rupanya sagu harga RM400 jadi punca!

Berikut adalah kisah yang diceritakannya:

“Hati-hati ketika membeli barang di hypermarket. Selalu aku lihat orang kena, sekarang ni aku pulak yang terkena. Aku pergi *** haritu, lepas dah beli semua barang untuk mak aku, tiba-tiba totalnya RM890 macam tu.

“Aku tergamam kejap sebab biasanya aku hanya belanja kira-kira RM400 sahaja. Sebab aku tinggal bersama mak aku, biasanya aku beli barang makan yang tahan selama dua, tiga minggu. Senang beli sekali terus, tak payah keluar banyak kali, kan covid?

“Sungguhpun rasa tidak selesa dengan jumlah harga yang tinggi itu, tapi cashier berkata, ‘sebab awak beli banyak, itulah sebab harga tinggi macam tu.’ Tapi aku masih ragu-ragu, dan aku bayar sahaja. Selepas bayar, seperti biasa, aku akan semak semula resit.

“Selepas semak, rupanya, biji sagu yang berharga RM1.40 itu, selepas diimbas, menjadi RM400. Gila betul. Ini biji sagu Ayah Pin ke? Biji sagu alam sebalik mata. Hahaha,” ceritanya.

Semua barang yang dibeli oleh Faiz bernilai hampir RM900. Dia juga memuat naik gambar bungkusan biji sagu yang menunjukkan harga RM1.40 selepas ditimbang, dan resit pembelian di mana harga barangan tersebut ‘berubah’ menjadi RM400 sebagai bukti.

Faiz menyedari kesilapan harga tersebut dan segera melaporkan kepada bahagian perkhidmatan pelanggan pasar raya untuk mendapatkan tuntutan semula wang yang dibayar untuk biji sagu tersebut.

“Aku nak puji juga sebab proses meminta refund berjalan lancar,” katanya.

Beliau menambah bahawa perkongsian ini bertujuan untuk mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil mudah dan sentiasa memeriksa resit selepas membuat pembelian.

“Kadang-kala harga yang tertulis di barang berbeza, tetapi selepas diimbas, ia menjadi lain. Biarlah orang kata kita berhati-hati, yang penting jangan bayar untuk barang yang kita tidak beli atau barang yang harganya lain dari yang kita sangka.

“Jangan tertipu dan ditindas, kerana mencari duit bukanlah perkara yang mudah. Sehingga kini, perkongsian ini telah mendapat lebih daripada 6,000 perkongsian di Facebook, dan rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman serupa semasa berbelanja di pasar raya.”

BACa: “Aku disahkan mengandung setelah 7 tahun kahwin, sehari sebelum gugur, mak mertua ada bagi cucur, rupanya ini kerja mak mertua!”