Kena tahan pak guard sekolah, disangka pelajar rupanya cikgu yang balik lewat

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Pengawal keselamatan tersebut salah sangka dan menganggap guru tersebut sebagai pelajar yang pulang larut pada waktu malam.

Seorang guru wanita di sebuah sekolah menengah di wilayah Jiangsu, China, telah ‘ditahan’ oleh pengawal keselamatan

setelah disangka sebagai pelajar ketika hendak pulang ke rumah.

Kena tahan pak guard sekolah, disangka pelajar rupanya cikgu yang balik lewat

Pengawal keselamatan tersebut salah sangka dan menganggap guru tersebut sebagai pelajar yang pulang larut pada waktu malam.

Bahkan, pengawal keselamatan itu turut meminta guru tersebut menghubungi ibu bapanya untuk menjemputnya pulang demi keselamatan individu tersebut.

Menurut laporan Sanook, pada awalnya, wanita tersebut berusaha menjelaskan kepada pengawal keselamatan bahawa dia adalah seorang guru yang bekerja di sekolah tersebut. Namun, pengawal keselamatan tersebut tidak mempercayai penjelasannya.

“Pengawal keselamatan itu memaksa guru tersebut menunggu di dalam bilik. Dia kemudian menghantar gambar wanita itu ke dalam kumpulan chat sekolah untuk mengesahkan guru tersebut dan mengetahui di kelas mana dia sedang mengajar,” jelas laporan.

Walau bagaimanapun, kumpulan chat sekolah tersebut mengesahkan bahawa wanita yang disangka sebagai pelajar itu sebenarnya adalah seorang guru sebelum dia dibenarkan pulang ke rumah.

Kejadian kesilapan pengawal keselamatan yang menahan guru yang disangka sebagai pelajar telah menjadi viral di media sosial. Kebanyakan warganet memuji tindakan pengawal keselamatan yang dianggap menjalankan tugas dengan baik.

BACA: “Orang tuaku seolah tak boleh terima kalau aku tunaikan tanggungjawab pada isteri. Sedangkan duit aku dan adik-adik bagi dah cukup untuk belanja sebulan”