“Aku bangga ayah kerja driver” – Adik ni buat lelaki bergelar bapa confirm menangis

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Seorang pelajar perempuan telah mencuri perhatian banyak pengguna media sosial dengan penuh kebanggaan kerana mengenakan pakaian seragam pemandu kereta semasa sambutan Hari Kanak-Kanak baru-baru ini.

Melalui video yang disiarkan oleh ayahnya dengan nama pengguna @roy_scott76 di TikTok,

anaknya memilih untuk mengenakan pakaian pemandu kereta kerana mengikuti tema kerjaya yang telah ditetapkan oleh sekolah..

“Aku bangga ayah kerja driver” – Adik ni buat lelaki bergelar bapa confirm menangis

Apabila guru meminta dia untuk berdiri di hadapan, pelajar dari Sekolah Menengah Hulu Bernam itu dengan penuh kebanggaan memberitahu kawan-kawan di kelas bahawa bapanya bekerja sebagai pemandu kereta.

“Saya pakai pakaian seragam pemandu kereta ini kerana saya bangga dengan bapa saya,” katanya.

Setelah ditanya sama ada mahu berjumpa dengan ayahnya atau tidak, pelajar tersebut terkejut sebelum berlari memeluk ayahnya yang menanti di luar bilik darjah, mencipta satu kejutan.

“Terima kasih kakak kerana berbangga dengan Babah. Babah cuma menumpang rezeki kakak.

@roy_scott76 TERIMA KASIH KAKAK Terima kasih Kakak kerana berbangga dengan Babah..Babah cuma menumpang rezeki Kakak.. Babah masih ingat waktu Ummi mengandungkan Kakaklah,Babah dpt kerja ni.. Terima kasih syg,Babah syg Kakak dan Adik dunia akhirat.. ***Terima kasih pihak sekolah yg beri peluang pada sy utk beri kejutan buat anak di HARI KANAK² BERTEMAKAN KERJAYA.. #harikanakkanak #kerjaya #kerjayaberseragam #kerjayaberuniform #shuberhebat #sekkebhulubernam #anakbabah#fyp ♬ original sound – Roy_Scott76

Babah masih ingat waktu Ummi mengandungkan kakak, Babah dapat kerja ni.

“Terima kasih sayang, Babah sayang kakak dan adik dunia akhirat. Terima kasih pihak sekolah yang beri peluang pada saya untuk beri kejutan buat anak di Hari Kanak-Kanak bertemakan kerjaya,” tulis bapanya di ruangan kapsyen.

Sehingga sekarang, video tersebut telah dilihat lebih daripada 172,800 kali, memperoleh 10,100 pujian dan dikongsi sebanyak 240 kali.

Melihat dalam bahagian komen menunjukkan kebanyakan orang memberi pujian kepada pelajar ini kerana bangga dengan pencapaian bapanya, dan mereka berdoa agar dia menjadi anak yang baik dan solehah.

“Allahuakbar, menangis tengok video ni. Semoga menjadi anak yang solehah. Terima kasih berkongsi momen bersama ayah. Al-Fatihah buat ayah saya,” komen Marina.

Selain itu, terdapat beberapa individu lain yang dengan bangganya menyokong pencapaian kerjaya ayah mereka, yang membantu mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

“Ayah saya pemandu lori. Kadang hantar kami dua beradik naik lori. Tidak malu pun, Alhamdulillah kami berdua berjaya habiskan belajar sampai ijazah,” komen PipsMallkid.

“Abah aku pengawal keselamatan. Aku bangga dengan dia. Sebab aku tahu tidak mudah. Terima kasih, aku tak akan pernah cukup untuk balas setiap pengorbanan dia,” komen Nuraff pula.

Baca: