Anak Azhar Sulaiman buat hal lagi, baju terlondeh ketika menari buat netizen melopong

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Nama influencer media sosial yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, iaitu Kasih Iris Leona,

kembali menarik perhatian ramai selepas menari dengan pakaian yang digayanya seolah-olah hampir terlondeh.

Melalui hantaran yang dimuat naik oleh gadis berusia 24 tahun itu, Leona yang memakai baju ala berkemban (tube top)

Anak Azhar Sulaiman buat hal lagi, baju terlondeh ketika menari buat netizen melopong

Dan dipadankan dengan skirt pendek paras paha dilihat sedang menari bersama rakannya.

Walau bagaimanapun, aksi dan penampilan Leona dalam video menari tersebut membuat warganet kurang senang apabila pakaian yang digayakannya itu hampir terlodeh sehingga menampakkan belahan buah dadanya.

Menurut pandangan warganet dalam ruangan komen, kebanyakan dari mereka berpendapat Leona tidak sesuai berpakaian sedemikian kerana bentuk badannya yang berisi, lebih-lebih lagi jelas menampakkan dadanya.

Mereka juga menyuarakan rasa kecewa apabila influencer tersebut tidak menjaga nama baik keluarganya, terutama bapanya yang merupakan seorang selebriti terkenal.

Selain itu, ada yang menyindir dengan mengatakan bahawa bapa Leona, Azhar Sulaiman, sedang sibuk dengan isu boikot semasa.

Sebelum ini, Leona telah menyatakan bahawa dia akan menyekat mana-mana akaun media sosial individu yang menyebarkan virus kebencian mengenai dirinya.

Ini kerana, dia enggan membiarkan emosi terkesan disebabkan ‘vibes’ negatif, meskipun dia tidak membaca semua komen yang ditinggalkan netizen.

Leona menariLeona menari

Leona menegaskan bahawa dia tidak perlu memberikan penjelasan lanjut kepada umum mengenai kehidupannya kerana itu adalah perkara peribadi.

Sebelum ini, Leona sering menjadi mangsa kecaman netizen apabila sering tampil dengan pakaian mencolok mata.

BACA: Rupanya main ‘game’ pun boleh dapat beras, wanita ini beritahu berbaloi ‘siram pokok padi’