Melakukan aksi berani mati, Youtuber popular Amerika Syarikat (AS), MrBeast, sekali lagi mengejutkan orang ramai
Dengan mengebumikan dirinya dalam keranda di bawah tanah selama seminggu.
The Sun melaporkan bahawa dalam video terbarunya, MrBeast atau nama sebenarnya Jimmy Donaldson telah mempertaruhkan nyawanya sendiri
Hanya untuk memecahkan rekod sebelumnya yang melibatkan cabaran serupa.
Untuk melaksanakan aksi tersebut, MrBeast menggunakan keranda berdinding jernih yang direka khas untuk menahan berat tanah setelah dikubur. Dia hanya bergantung pada bekalan makanan dan minuman yang dibawanya sebelum turun ke dalam tanah.
Keranda itu juga dilengkapi dengan kamera untuk merekam video dan memantau pergerakan penceramah berusia 25 tahun itu.
“Saya menaruh kepercayaan hidup saya pada keranda ini selama tujuh hari yang akan datang,” kata MrBeast sebelum dikubur.
Walaupun terdapat kebimbangan bahawa dia mungkin tidak dapat berdiri kerana pembekuan darah mungkin terjadi akibat berbaring selama tujuh hari, MrBeast keluar tanpa sebarang kecederaan.
Setelah tamat tujuh hari, MrBeast terlihat menangis kerana tindakan itu telah menggugat mentalnya. Aksi tersebut memberi kesan negatif kepada psikologinya, dan dia menitiskan air mata beberapa kali, termasuk ketika dikeluarkan dari keranda.
Walau bagaimanapun, MrBeast berjaya memecahkan rekod baru dengan bertahan hidup selama 168 jam, berbanding dengan rekod sebelumnya iaitu 50 jam, walaupun dia mengalami kesakitan semasa melaksanakan cabaran tersebut.
Video tersebut juga telah mendapat kira-kira 59 juta tontonan, dan dia mengucapkan terima kasih kepada peminatnya atas sokongan yang diberikan.
“Saya masih tidak percaya betapa banyak orang yang memberi sokongan setiap kali saya memuat naik. Saya sangat menghargai kalian semua,” ujarnya.
Sebelum ini, MrBeast telah membina 100 telaga di Afrika untuk menyediakan air minuman kepada mereka yang memerlukan. Projek ini membawa air minuman bersih kepada kira-kira 500,000 orang.
“Saya sudah tahu saya akan mendapat kritikan karena memuat naik video membantu orang, tetapi saya tidak peduli. Saya akan sentiasa menggunakan saluran saya untuk membantu orang ramai dan mencuba memberi inspirasi kepada penonton saya untuk melakukan perkara yang sama,” katanya