Lelaki kecewa ditipu ‘tunang’, majlis nikah rupanya tak wujud, bapa pengantin pula laju ‘block’

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Siapa menyangka hari bahagia yang menanti berakhir dengan kekcewaan apabila ditipu bakal pengantin perempuan.

Seorang lelaki meluahkan rasa sedih di media sosial selepas ditipu si tunang, lebih menyedihkan bapa wanita tersebut ada bersama semasa ‘majlis tunang’.

Menurut Harian Metro, Nurul Aiman Kamaruddin berkongsi bagaimana dia sanggup menempuh perjalanan jauh demi menghalalkan wanita tersebut.

Lelaki kecewa ditipu ‘tunang’, majlis nikah rupanya tak wujud, bapa pengantin pula laju ‘block’

“Sudah tentu saya serius nak berkahwin, jika tidak…takkan saya sanggup nak menempuh perjalanan jauh ke rumahnya.

“Bagaimanapun, apa yang terjadi tak seperti dirancang hingga saya jadi sangat sedih kerana bukan hanya tanggung rugi tapi juga turut berasa malu.

“Tapi saya anggap apa yang berlaku ujian daripada Allah SWT dan keluarga banyak beri sokongan moral serta minta saya bersabar,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Tambahnya dia tidak meragui status wanita tersebut selepas melihat bapa wanita itu turut hadir semasa majlis tunang mereka berdua.

“Daripada awal perkenalan, dia perkenalkan namanya lain dengan nama sebenarnya, malah waktu majlis pertunangan, bapanya hadir dan mengiakan namanya.

“Jadi, sudah tentu saya percaya dan yakin dengannya namun tak sangka lain pula jadinya.

“Saya juga sudah tidak berhubung dengannya (wanita itu), kali terakhir pun pada hari pernikahan dan itu pun tak dijawab malah bapanya turut menyekat nombor panggilan saya,” katanya.

Nurul Aiman memaklumkan segala bukti mengenai penipuan wanita itu diserahkanb kepada polis di Balai Polis Daro, 10 November lalu.

Baca juga:“Suami anggap saya macam orang gaji saja, pernah sekali saya gantung cermin je kat ruang tamu dia bebel marah-marah sambil cakap tu rumah dia…”