“Mak selalu bawa jantan balik rumah, sekali ini yang jadi bila abah lari kahwin baru tinggalkan kami..”

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Ibu ada pernah cakap yang abah tinggal berdekatan kami. Aku terserempak dengan abah di pasar.

Aku sangat kenal raut wajahnya melalui gambar. Kami berselisih dan saling berpandangan. Aku yakin itulah abah. Dia pandang tepat ke muka aku..

Nama aku Mawar, berumur 26 tahun. Dah lama aku nak luahkan apa yang selama ni aku pendam.

"Mak selalu bawa jantan balik rumah, sekali ini yang jadi bila abah lari kahwin baru tinggalkan kami.."

Aku dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah sejak umur aku 2 tahun. Ibu dan abah bercerai ketika ibu masih mengandungkan adik.

Kata ibu, selepas mereka bercerai abah dah pun kahwin lain. Waktu ibu bersalin abah tak datang pun, hanya nenek yang azankan adik. Masa berlalu, abah tak sekali pun datang jenguk kami apatah lagi nak beri duit belanja. Ibu yang terpaksa keluar bekerja mencari duit sedang kami dijaga oleh nenek.

Aku sentiasa berasa sedih terutamanya di sekolah. Aku cemburu melihat kawan-kawan aku yang dihantar dan dijemput oleh ayah mereka. Setiap hari aku dan adik tinggal di rumah nenek. Lepas ibu balik dari bekerja, ibu bawa kami pulang ke rumah sewa. Tapi aku tak suka dengan kelakuan ibu.

Ibu selalu bawa teman lelaki dia ke rumah. Jiran-jiran juga mengumpat. Aku memang masih kecil tapi aku faham apa yang aku lihat. Waktu umur aku 11 tahun, ibu pun berkahwin dengan teman lelaki dia. Sejujurnya aku tak suka.

Aku lebih senang dengan kehidupan aku bersama ibu dan adik sahaja. Aku juga tak pernah bercakap dengan ayah tiri sebab ahli keluarga ibu melarang. Mereka takut aku terlalu rapat dengan ayah tiri. Risau terjadi hal lain.

Tinggal di rumah sendiri seolah-olah di neraka, tak bebas. Pakaian juga mesti kena sopan. Aku hanya boleh berkurung dalam bilik. Selepas ibu melahirkan anak bersama dengan ayah tiri, aku dapat rasakan kasih sayang ibu berkurang untuk aku.

Pernah suatu hari, adik tiri aku mengusik barang-barang aku. Aku jadi marah sambil melepaskan apa yang aku pendam, ibu melenting. Ibu mula naik tangan dekat aku, ibu cekik aku macam kena rasuk hantu. Semenjak kejadian tu, aku pindah dan tinggal bersama nenek.

Kehidupan aku lebih sedih sebabnya aku seperti hilang ayah dan juga seorang ibu. Ibarat yatim piatu sedangkan ibu ayah aku masih ada, masih hidup. Kenapa aku dan adik jadi mangsa kegagalan rumahtangga mereka. Aku terus dengan kehidupan aku sendiri dan akhirnya aku bertemu jodoh.

Aku merasa mungkin inilah masanya aku dapat berjumpa ayah kandung aku sebagai wali. Ibu ada pernah cakap yang abah tinggal berdekatan kami. Aku juga pernah terserempak dengan abah di pasar. Aku sangat kenal raut wajahnya melalui gambar.

Kami berselisih dan saling berpandangan. Aku yakin itulah abah. Aku berharap dia menyapa aku tapi tidak. Dia hanya pandang tepat ke muka aku dalam waktu yang lama. Kata makcik aku yang pernah terserempak dengan dia juga, abah dah pun ada 3 orang anak perempuan. Dah besar semuanya.

Hari pernikahan aku semakin hampir, aku sibuk mengisi borang nikah. Ketika itu ibu minta nenek beritahu aku tentang hal sebenar. Nenek menyusun ayat satu persatu. Bahawasanya aku ni adalah anak luar nikah. Mengikut hukvm, abah tak boleh walikan aku.

Aku menangis walaupun sebenarnya aku sudah tahu lama. Aku pernah terbaca diari ibu dulu. Cuma aku tak tahu yang anak luar nikah tidak boleh diwalikan oleh bapanya. Kenyataan itu memang pahit. Tapi tak setimpal dengan apa yang aku lalui dari kecil.

Walau macam mana pun, harapan untuk berjumpa dengan abah dan ada hubungan baik dengan dia musnah. Aku nikah berwali kan Wali Raja. Kata orang, ayah adalah cinta pertama anak perempuan kan. Tapi apa la ertinya melalui hari bahagia tanpa diiringi oleh seorang ayah.

Selepas aku berkahwin, alhamdulillah kehidupan aku semakin baik. Aku dapat merasa kasih sayang dari seorang lelaki. Aku juga dapat menumpang kasih dari ayah mertua. Tapi hanya dalam waktu yang singkat, ayah mertua aku dijemput ilahi.

5 bulan berlalu, aku mengandung. Aku juga terpaksa berhenti kerja selepas melahirkan. Kewangan kami agak kurang stabil. Aku memang dah terbiasa susah dari kecil. Tapi apa yang selalu aku harap abah ada dengan aku untuk aku kongsi kesusahan ni.

Aku juga teringin nak merasa macam mana perasaan ada seorang ayah. Mungkin begitu jugalah perasaan adik aku. Adik pernah beritahu yang dia bencikan abah. Dia dilahirkan tanpa abah, sedangkan aku sempat merasa dijaga oleh abah ketika aku dilahirkan.

Walaupun hanya 2 tahun, masih tak faham apa-apa, takde memori pun. Kalau la abah baca ni, mungkin Mawar dan adik bukan anak yang terbaik untuk abah. Tapi Mawar tak pernah lupakan abah. Mawar berbintikan abah dan bawa nama abah ke mana-mana. Tapi kenapa abah.. Kenapa abah seolah-olah tidak wujud dalam hidup kami? – Mawar (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Cik Puan Adawiah Hassan : Kadang-kadang sis, kita terlalu nak kejar yang tiada depan mata sampai kita lupa nak hargai siapa yang ada dan hargai kita sekarang, masa susah dan senang.Dah terjadi dalam keluarga saya.. sayangi kehidupan realistik sis sekarang.

Mungkin kalau sis dapat jejak kasih dengan ayah sis pun, keadaan akan jadi lebih pahit dan buat sis jadi lebih sedih. PeIuk ciuum dari saya, moga dipermudah urusan sis, Allah bagi apa DIA nak bagi bukan apa yang kita minta

Tun Ramos : FOKUS. Fokus kepada kehidupan confessor sekarang. Bina hidup bersama suami dan anak. Cukup. Tidak perlu tagih kasih si bapa, penyumbang sp3rma tidak bertanggungjawab. Dia bukan lelaki baik. Dia ‘sentuh’ emak tanpa akad. Mengapa perlu cari kasih nya?

Sekali lagi, FOKUS pada kehidupan kini. Tutup buku lama. Get lost everyone yang memberi kesan sedih dalam hidup confessor. Raikan keluarga kecil. Tolong suami naikkan taraf ekonomi keluarga. Kerisauan itu lebih bermakna.

BACA: “Walaupun pedih tapi aku gembira akhirnya kakak aku dapat apa dia nak, dulu dia suamiku kini dia abang iparku”