Baru-baru ini, tular beberapa video geng trader mempamerkan kehidupan yang serba mewah dengan menaiki jet peribadi,
Memaparkan beberapa kereta mewah serta wang tunai untuk mengajak orang ramai menyertai mereka jika mahu menjana pendapatan lumayan.
Namun, netizen mula mengesaki sesuatu yang ganjil apabila sekumpulan individu ini kerap memuat naik video menaiki jet peribadi yang didakwa adalah satu pesawat yang sama.
Lebih mencuit hati, mereka juga dilihat berkongsi setup kereta mewah yang sama untuk mempromosikan kelas trading masing-masing sekali gus mengukuhkan dakwaan netizen bahawa video mereka hanyalah lakonan semata-mata untuk tujuan marketing.
Pilot dedah jet peribadi sudah lama tak bergerak
Terbaharu, seorang juruterbang yang melihat video berkenaan telah mendedahkan butiran mengenai jet peribadi tersebut.
@user_error2021KANTOI…Fighter la sangat..sewa kapal terbang sama2 lpastu rmai2 shoot, dah la kapal terbang tu xterbang pun…lg 1 yg pegi mall space u8 tu buat ape? Dlm tu ade mr diy je 😂😂
Menerusi perkongsiannya di TikTok, dia memaklumkan jet peribadi itu adalah jenis Bombardier Challenger 601-3R didapati sudah lama tidak terbang meninggalkan kawasan landasan kapal terbang.
Menurutnya, dengan menggunakan aplikasi Flightrader24, kali terakhir jet peribadi bernombor ‘N888FJ’ itu digunakan pada 21 Februari lalu. Malah, pesawat tersebut dilihat hanya berlegar di kawasan landasan sahaja.
Ekoran pendedahan itu, netizen bertambah geli hati melihat geng trader ini ‘terkantoi’ buat kali kedua.
Bukanlah untuk menjatuhkan sesiapa, namun pendedahan ini membuatkan orang ramai sedar dan tidak mudah terpengaruh dengan taktik marketing yang digunakan mereka.
Perkara ini turut membuatkan kita sedar bahawa tiada jalan mudah untuk menjadi kaya dalam masa singkat.
BACA: Bekas setiausaha ‘persatuan islam’ dedah trauma dicabul majikan bergelar ‘Ayahanda’