“Masa aku dan suami nak pindah keluar dari rumah mertua, tiba-tiba mak mertua menangis berguling dekat lantai macam kena sawan”

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Dan kemuncaknya, Mama tersalah send mesej Whatsapp. Dia mengutuk aku dan terhantar mesej tu dekat aku.

Suami aku pun, merah mata dengar cerita tu. Aku cepat-cepat screensh0t benda tu. Dan aku baIas macam ni..

Hai semua pembaca. Aku perkenalkan diri aku sebagai Amni. Umur aku dah 31 tahun dan sudah berkahwin pada tahun 2017.

"Masa aku dan suami nak pindah keluar dari rumah mertua, tiba-tiba mak mertua menangis berguling dekat lantai macam kena sawan"

Syukur, kami dikurniakan seorang anak lelaki. Patutnya kembar tapi seorang sudah meninggaI dunia di dalam perut dan juga lelaki.

Dan hal itu jugaklah Mama mentua aku nie tak puas hati. Dia excited sebab nak dapat cucu kembar. Tapi bila jadi macam tu, dia seolah tak gembira. Macam tak terima pun ya. Mujur suami aku baik. Dialah yang beri semangat dan dorongan pada aku ni. Walau aku tahu, dia tersepit.

Seringkali jugaklah Mama mentua aku nie sebut yang syurga suami aku kat tapak kaki dia. Hilang isteri boleh cari lain katanya. Aku cuma tersenyum pahit. Mama mentua aku ni kalau mengata anak orang memang number 1 lah. Merata dia canang.

Tang anak sendiri kena, pandai pulak mengamuk, menangis, mengadu kat adik beradik dia semua. Selain aku, dia ada dua lagi menantu perempuan dan seorang menantu lelaki. Cerita buruk menantu pun diceritanya.

Balik-balik mak saudara suami yang cerita balik yang Mama mentua aku cerita buruk menantu. Pasal aku, dikatanya aku anak keling. Tahulah saya ni bukan Melayu. Aku keturunan mamak, anak mami. Dan tuduhan yang paling berat, Mama mentua kata aku sengaja bvnvh salah seorang anak kembar aku dalam perut konon kata sebab aku taknak jaga dua orang anak.

Mengucap panjang aku bila dengar. Dari mulut adik beradik Mama mentua jugak yang cerita balik pada aku dan suami. Suami aku pun, merah mata dengar cerita tu. Dia nak tegur Mama dia nanti banyak drama. Sebab dah banyak kali Mama mentua aku buat drama swasta.

Dulu sekali masa kami nak pindah rumah. Tak jangka dia berguling kat lantai ruang tamu macam kena sawan sebab bantah kami suami isteri nak pindah. Lupa nak habaq, Pak mentua dah takdak. Jadi Mama mentua duduk dengan adik lelaki dan perempuan bujang di rumah peninggalan Pak mentua aku.

Yang dah kahwin termasuk aku dan suami semua duduk asing. Kami a bulan jer duduk dengan Mama mentua. Sebab kami ni semua dah faham, ada menantu duduk dengan dia, dia tak akan kerah anak perempuan sendiri tolong buat kerja rumah. Menantu jadi mangsa.

Korang boleh bayangkan, Kak Ipar aku dulu masak sorang diri sebab Mama mentua aku nak buat jamuan untuk kawan-kawan dia lah dalam a0 orang. Ni Kak ipar cerita. Masa kejadian tu, aku belum jadi menantu lagi.

Seorang pun takde tolong. Mama mentua apatah lagi. Adik ipar perempuan bukan budak kecik lagi, dah boleh jadi Mak orang pun tapi kerja rumah ke laut dalam tapi dia baiklah. Cuma bab kerja rumah ni jer dia malas. Dan Mama mentua aku pun biarkan jer.

Dahlah letih memasak, baru nak berehat, Mama mentua aku terpanggil-panggil suruh basuh pinggan mangkuk. Nak tak nak kena buat. Yang Mama mentua dok sedap menyandar kat sofa tengok drama sambil layan Nescafe.

Sebab tu memang anak-anak dia lepas kahwin duduk sendiri. Dan dia akan buat drama yang sama setiap kali anak-anak nak pindah. Satu lagi, pantang kalau hari cuti, bertalu lah bunyi telefon. Mama mentua aku nanti tanya ada nak pergi mana-mana ke apa.

Kalau ada plan nak keluar berjalan, mesti dia nak ikut. Dan gunakan ayat “syurga anak lelaki kat tapak kaki emak.” Serba-salah dibuatnya. Pernah sekali company aku kerja buat family days di Lost World Of Tambun tahun 2019.

Cuma aku, suami dan anak jer pergi. Tak bawa sesiapapun samada Mak Ayah aku ke Mama mentua aku ke memang tak bawak. Mama mentua aku called suami ada kat mana. Pada malamnya, Maklong suami called suami. Dia tanya kenapa buat Mama menangis. Suami aku pun dok heran lah pasai apa.

Maklong kata, Mama mentua aku mengadu yang kami ni taknak bawak dia berjalan dan kata aku yang control suami dan hasut suami supaya jangan bawak dia. Suami aku pun terangkan dari A sampai Z kat Maklong dia. Lepas tu dah sampai situ saja.

Maklong pun takde kata apa dan dia faham kejadian sebenar. Ianya tak tamat begitu saja ya. Mama mentua aku ni pergi pulak mengadu dan macam biasa ada adegan menangis kat Abangnya yakni Pakngah suami. Pakngah pun called suami tanya situasi sebenarnya. Kena explained lagi.

Dan kemuncaknya, apa yang buat aku rasa kecewa sangat, Mama mentua aku tersalah send mesej Whatsapp. Tak tahu nak dihantar pada siapa tapi dihantar ke aku ni. Isi text dia macam ni.. “Bini Hidayat (suami) tu apa pun tak boleh pakai. Kaki control tu. Dahlah hitam macam kelng.. Tak tahulah macamana Hidayat suka. Dialah hasut Hidayat tu. Dulu aku dah pilih calon bini dia, si Hidayat degil. Tak nak ikut.. ”

Aku cepat-cepat screensh0t benda tu. Dan aku baIas macam ni, “Salam Ma. Ada apa ya?” Tak lama tu dia delete. Langsung takde baIas apa dah lepas tu. SS tu aku send pada suami. Sejak tu, kalau pergi rumah Mama mentua, hanya suami aku saja yang pergi.

Dan dah takde tidur sana lagi. Sudah pasti Mama mentua akan menggunakan “senjata”nya iaitu air mata. Dia cerita pada orang yang dia rindu anak aku dan cakap aku tak bagi dia jumpa cucu. Semua tu aku dah tak peduli. Banyak yang dah faham perangai dia sekarang.

Mak Ayah aku pun suruh aku bersabar. Buat apa yang patut jer kata mereka. Whatsapp Mama mentua aku block. Cuma contact jer tak. Ada dua tiga kali dia called. Aku tak angkat. Dah tahu, dia akan called suami. Takde beza..

Bukannya aku sombong atau k3jam. Tapi dah banyak kali jadi. Aku dituduh bvnvh salah seorang anak kembar aku padahal arwah meninggaI dalam perut. Dia canang pada saudara mara kaum kerabat dia. Dan aku tak larang suami jumpa atau nak tidur di rumah Mama mentua. Sebab aku tahu, itu syurga suami..

Mama mentua dengan drama air mata takkan terpisah. “Senjata” dia untuk meraih simpati sambil memburukkan orang seolah dia mentua teraniaya.. Cuma berharap Mama mentua sedar dan Allah beri kesedaran buatnya. Aamiinn.. – Amni (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Farida Muqrim : Derhaka seorang ibu itu benar dan wujud. Hormat dan sayang dari seorang anak tu wajib. Tapi ada part yang kena juga seorang anak tegur dengan hormat dan lembut. Kalau masih sama, doa dan sebaiknya diam dan jauhkan diri.

Janji bahagian anak menantu, tak memburukkan dan mencaci hiina mertua. Allah Maha Mengetahui segalanya. Kalau kita bergelar anak dan menantu pun, Allah tak izinkan seorang ibu untuk mend3ra fizikaI dan mentaI.

أنيس زكريا : Maaf nak cerita. Nenek saya dulu dah tua tinggal sorang-sorang berpuluh tahun. Ditinggalkn anak-anak dia sebab mulut dia macam ni. Bawak cerita sana sini pasal anak cucu menantu. Anak-anak ada yang datang sorang-sorang hantar nasik je, 3 hari nenek makan bende yang same sampai basi.

Kadang-kadang hantar makanan yang menantu masak. Anak cucu semua datang masa raya tu pun kejap je semua sebab tak sabar nak balik rumah nenek beIah dorang yang lagi satu. Mata da tak nampak ade selaput. Mampu goreng telur dan buat air je.

Bila dah besar, kadang-kadang aku balik umah nenek, teman dia tido kadang-kadang belikan makanan favourite dia. Layan dia sembang. Masa kecik-kecik mungkin aku bukan cucu favourite tok, tapi dah besar-besar ni, keadaan tak sama lagi. Cuma aku dah keje jauh. Bawak haluan hidup aku merantau cari rezeki. Tak dapat nak spend time dengan tok aku selalu. Sekarang tok dah takde pergi ke negeri abadi. al-fatihah.

Amalia Fauza Bohari : Dia terlupa yang syurga dan neraka dia nanti pun belum tahu arah ke mana. Malaikat yang mencatatkan amalan kiri dan kanan tu ada pada SEMUA hamba Allah, termasuk juga pada segelintir makhluk dewasa yang perasan maksum.

BACA:“Tiap petang jumaat, abah dan mak duduk kat tangga, abah gosok belakang mak, mak gosok belakang abah, aku pasang telinga terdengar keluhan mak abah”