Penindasan yang berlaku ke atas warga Palestin oleh kerajaan Zionis telah membuak rasa kurang senang masyarakat dunia.
Ia merebak dari Eropah sehingga ke Asia. Beberapa gerakan mogok dan tunjuk rasa dipamerkan oleh warga di setiap negara
Mereka yang mengkritik penindasan ke atas warga Palestin.
Di Malaysia, selain daripada tunjuk rasa di jalanan. Gerakan menentang penindasan kerajaan Israel ke atas Palestin kini sudah merebak ke atas produk-produk yang turut menyokong Israel
Kalau bulan lalu, kita dihidangkan dengan gerakan boikot ke atas McDonalds, kini gerakan itu mula menular sehingga ke Starbucks.
Tak sure la sebab timing ke but this is the first time I saw it as empty as this.
So boycott works? pic.twitter.com/8eE2PdfiVN
— Dibs (@adibhazlami) October 28, 2023
Jika anda perhatikan, gerakan boikot ke atas Starbucks ini hadir selepas jenama terkenal dari Itali itu dengan lantang membuat kenyataan mendukung Israel dan akan menghukum mana-mana pekerja yang menyokong Palestin. Kenyataan ini telah membuahkan rasa kurang senang rakyat Malaysia.
Disebabkan itu, timbul gerakan untuk menyokong produk kopi lokal dan memberi tekanan ekonomi ke atas Starbucks telah wujud di kalangan rakyat Malaysia. Hasilnya, melalui beberapa perkongsian pengguna X, kelihatan Starbucks di beberapa negeri dan kawasan bandar sunyi tiada pelanggan.
jadi. kat wangsa walk, starbucks pun hampir kosong jam 6 petang
— MNbMM (@nazzimanm) October 28, 2023
Melalui perkongsian @adibhazlami, seorang pengguna media sosial X, difahamkan bahawa gerakan ini telah menyebabkan Starbucks kehilangan pelanggan. Melalui gambar yang dimuat naik, kelihatan premis Starbucks tersebut kosong. Selain itu, di bahagian komen, orang ramai berkongsi kesan boikot di beberapa premis Starbucks.
Selain itu, melalui beberapa perkongsian. Difahamkan bahawa beberapa pekerja Starbucks ada yang dicutikan disebabkan jualan tidak mencapai sasaran.
Setakat ini, pihak Starbucks Malaysia tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan balas mengenai isu ini. Gerakan untuk memboikot produk yang menyokong Israel sudah mula menular. Namun persoalannya, adakah ia akan bertahan lama atau sifatnya sekadar bermusim?
BACA: Meta umum pengguna FB dan Insta perlu bayar yuran langganan RM50 sebulan
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio