Tular lagu ‘Dawai’ nyanyian Fadhilah Intan, sekali tuan badan dedah maksud sebenar dawai dalam lagunya

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Lagu berjudul Dawai karya Fadhilah Intan ini telah dikeluarkan sejak sebulan lalu, tepatnya ia adalah runut bunyi untuk filem Air Mata Di Ujung Sajadah.

Sebabnya, lagu Dawai nyanyian Fadhilah selain kerap distrim di fyp TikTok juga berjaya menduduki tempat kelima dalam video muzik popular.

Selain suara emas Fadhilah Intan dalam mempersembahkan Lagu Dawai, setiap liriknya juga mengandungi makna yang menyentuh hati pendengar.

Tular lagu 'Dawai' nyanyian Fadhilah Intan, sekali tuan badan dedah maksud sebenar dawai dalam lagunya

Ramai yang tertanya-tanya kenapa Fadhilah Intan memilih judul ‘Dawai’ yang secara lazimnya kita akan memikirkan seutas tali daripada logam.

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik oleh peminat Fadhilah di Tiktok, wanita berasal dari Indonesia ini menjelaskan bahawa ‘Dawai’ itu menggambarkan tali dari alat muzik seperti gitar.

“Dawai dalam lagu ini, kalau kamu ‘google’ bermaksud , tali yang digunakan untuk memetik gitar. Jadi kalau kamu dengar lirik lagu ini seperti, “Dawai, yang telah lama ku petik, Sumbang dan terus lirih berpekik”., bermaksud alat muzik yang kita sering bermain. Jadi bila kita sering bermain gitar, sudah pastinya kami mahukan bunyinya akan indah tidak sumbang.

@cebonghae #CapCut dengerin sampai abis, penjelasan arti #dawai #dawaifadhilahintan #fadhilahintan #artilagudawai ♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

“Tapi ternyata di suatu hari, di saat kita sedang bermain gitar, tiba-tiba sahaja bunyi yang keluar itu sumbang. Jika kita gambarkan dalam kehidupan kita yang kita semua jalani, tak selalunya begitu lancar dan pasti ada masalah yang akan menimpa.

“Jadi lagu ‘Dawai’ itu menceritakan sebuah kehidupan yang tidak mungkin ada yang sempurna, pastinya ada masalah, halangan dan cabarannya. Setiap orang pasti ada masalanya sendiri, jadi tidak boleh disamakan dengan orang lain”

Selain itu, lagu Dawai oleh Fadhilah mengisahkan kehidupan sedih seorang wanita yang dikhianati dalam perhubungan. Seperti dalam filem Air Mata Di Ujung Sajadah sendiri, seorang ibu dikhianati dan memperjuangkan hak yang diambil daripadanya.

Turut dinyatakan dalam lirik Lagu Dawai terbitan Fadhilah sendiri, ia seolah-olah menyingkap perasaan dilema seorang ibu.

BACA: “Masa suami susah bekas isteri larang suami berjumpa anak-anak alasan nafkah tak cukup, bila perniagaan dah maju, aku kecewa suami rancang rujuk bekas isteri”