Gara-gara memandu lebih hadlaju, lelaki ini kena sampai RM6 juta!

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Seorang lelaki  ditimpa nasib malang selepas menerima saman bernilai kira-kira RM6 juta

kerana memecut kenderaan pada kelajuan 144 kilometer sejam (km/j) dalam zon 86km/j, lapor Mirror UK.

Kejadian berlaku pada 2 September lalu membuatkan lelaki tersebut terkejut kerana tidak menyangka dirinya akan menerima saman mencecah jutaan ringgit sebegitu rupa.

Gara-gara memandu lebih hadlaju, lelaki ini kena sampai RM6 juta!

Pada awalnya, dia hanya menjangkakan akan menerima saman ‘super speeder’, di mana maksimum yang perlu dibayar ialah RM4,800.

Angka yang dinyatakan merupakan jumlah wajib yang perlu dibayar sekiranya individu memandu 56km/j melebihi had laju.

Bagaimanapun, apabila menerima surat saman bernilai sekitar RM6 juta itu, dia menganggap ia adalah satu kesilapan teknikal atau typo dan memanggil mahkamah untuk menyemak semula.

“Sama ada anda membayar saman tersebut atau hadir ke mahkamah pada 21 Disember, 1.30 petang,” kata wakil mahkamah menerusi panggilan telefon yang dibuat bersama lelaki tersebut.

Menurut jurucakap bandar Savannah, Joshua Peacock, ia menyatakan panggilan telefon itu sebaliknya adalah perakam automatik yang digunakan oleh mahkamah untuk menelefon mereka yang menerima saman ‘super speeder’.

Jelas Peacock, jumlah saman itu tidak sepatutnya menakutkan sesiapa penerima saman untuk ke mahkamah.

“Bandar itu tidak mengenakan jumlah tersebut untuk memaksa atau menakutkan orang ramai ke mahkamah.

“Pereka bentuk perisian menggunakan nilai saman terbesar kerana tiket ‘super speeder’ mewajibkan mereka yang disaman tampil ke mahkamah,” jelasnya.

Dalam temu bual itu, lelaki itu diberi pilihan sama ada mahu membayar saman – pada kadar yang bukan sepatutnya – ataupun hadir ke mahkamah, lalu memilih untuk ke mahkamah.

Pendek kata, sistem perisian automatik berkenaan memang akan menetapkan nilai setiap saman ‘super speeder’ dengan jumlah besar, namun ia hanyalah angka semata-mata dan penerima saman tetap perlu ke mahkamah.

Hakikatnya nilai saman yang sepatutnya mengikut kesalahan tidak akan melebihi RM23,000.

Difahamkan juga, bandar tersebut telah menggunakan sistem berkenaan sejak 2017 namun masih dalam usaha untuk melaraskan penggunaan perisian itu untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

Lebih RM302.4 juta bayaran saman dikutip

Sementara itu di Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan kutipan kompaun berjumlah RM302,433,000 dalam tempoh Januari hingga Ogos lepas melibatkan 1,913,840 saman.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata daripada jumlah itu, RM169,283,220 kutipan diperoleh melalui aplikasi MyBayar Saman membabitkan 2,436,732 saman.

Sementara itu, katanya dalam tempoh Januari hingga Ogos lepas juga, 394,890 kemalangan melibatkan 4,366 kematian direkodkan dengan pengguna motosikal mencatatkan angka tertinggi iaitu 2,641 orang.

BACA: “Aku kecewa, suami yang aku sayang, tengah koma pun aku jaga sepenuh hati, tiba-tiba ada isteri orang datang minta maaf di hospital”