Seorang wanita tidak dapat menahan kesedihan apabila wang simpanannya bernilai 15 juta rupiah (RM4,330) musnah dimakan anai-anai.
Lapor Kompas.com, menerusi video yang dimuat naik dalam media sosial itu, Nurhaya, 49,
Dia menunjukkan beg plastik hitam mengandungi wang yang disimpannya kepada penduduk di kawasan perumahannya.
Menurutnya, wang itu dikumpul selama beberapa tahun dan disimpan di bawah katil biliknya.
Wanita yang tinggal di daerah Iwoimendaa, Sulawesi itu menceritakan wang itu akan digunakan untuk membeli kelengkapan dan pengubahsuaian rumahnya.
“Saya simpan di bawah tilam kerana lebih mudah diambil apabila saya memerlukannya.
“Apabila saya fikir sudah cukup untuk membeli keperluan itu, saya mengambil wang itu dan melihat keadaannya tidak bagus kerana sudah dimakan anai-anai,” katanya.
Selepas insiden itu berlaku, jirannya menasihatkan Nurahaya supaya pergi ke bank.
Bagaimanapun, dia hanya menerima ganti rugi daripada pihak bank sebanyak 900,000 rupiah (RM259) bagi pecahan wang 100,000 (RM28) rupiah dan 50,000 (RM14) yang rosak tersebut.