Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt
(Frankfurter Buchmesse) 2023 yang dijadualkan berlangsung di Frankfurt, Jerman.
KPM dalam kenyataan berkata, keputusan untuk menarik diri diambil
selepas mengambil kira sikap pro-Israel serta sokongan terbuka daripada pihak penganjur terhadap Israel.
“KPM tidak akan sesekali berkompromi terhadap keganasan Israel di Palestin
Ia jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Jelas KPM, keputusan yang diambil itu adalah selari dengan pendirian kerajaan untuk sentiasa bersolidariti dan memberi sokongan penuh kepada Palestin
BACa: Sabri Yunus luah rasa kecewa jadi mangsa perbalahan golongan agamawan