Isteri banting tulang cari nafkah demi keluarga, suami dirumah goyang ‘telur’

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Zaman sekarang ni, macam dah jadi fenomena apabila hanya isteri yang keluar mencari nafkah buat keluarga sementara suami menguruskan anak.

Peranan yang sepatutnya dibuat suami bertukar tangan kepada isteri membuatkan timbul tanda tanya, boleh ke?

Jom kita fahami dengan baik hukum isteri bekerja demi menyara keluarga seperti yang diterangkan Dr Zulkilfi Mohammad Al-Bakri ini.

Isteri banting tulang cari nafkah demi keluarga, suami dirumah goyang 'telur'

Menerusi soalan yang ditanya di laman Maktabah Al Bakri, seorang penjawat awam dikatakan sudah berbincang dengan suami dan membuat persetujuan bersama hanya isteri yang bekerja.

isteri kerja

Tetapi dia mula berbelah bahagi apabila mendengar ceramah mengatakan rezeki tak akan berkat dan sentiasa berkurangan.

Jawapan Datuk Dr Zulkifli:

isteri

Menurut Datuk Dr Zulkifli, adalah harus dan dibolehkan untuk wanita keluar berkerja berdasarkan garis panduan dan dhawabit berikut:

Niat ikhlas bekerja kerana Allah SWT

Mendapat keizinan bapa atau suami.

 

Tidak mengabaikan tanggungjawab rumah tangga, suami dan anak-anak sekiranya telah berkahwin.

Tidak menimbulkan sebarang fitnah ketika keluar bekerja dan ketika pulang

Tidak berpakaian dengan pakaian yang mendedahkan aurat dan juga tidak bergaul secara bebas.

Jelas beliau lagi, tidak menjadi masalah untuk si isteri bekerja dengan syarat menepati garis panduan.

Dalam masa yang sama, si suami tidak boleh melepaskan tanggungjawabnya dalam memberi nafkah kerana ia kewajipan ke atas seorang suami.

Datuk Dr Zulkifli menasihati suami di luar sana supaya mencari kerja yang sesuai dengan kemampuan supaya peranan sebagai suami dapat dijalankan.

Beliau faham zaman kini suami dan isteri perlu bekerja untuk menyara keluarga lebih-lebih lagi kalau ada anak.

Komitmen dah tentulah semakin bertambah contohnya kelengkapan rumah, keperluan diri, hutang, bil air/elektrik, sewa rumah dan seumpamanya

BACA: ‘Kaunter kosong tak pelik, lagi pelik kalau tiap kaunter ada staf’, pengguna kecewa sikap sambil lewa penjawat awam