‘Kalau dah jodoh’, Walaupun beza 16 tahun, pemuda ini nekad kahwini boss sendiri undang reaksi netizen

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Perkahwinan pemuda China berusia 22 tahun bersama dengan majikannya yang berusia 38 tahun telah mencetuskan perdebatan di atas talian, lapor The Thaiger.

Ramai di atas talian tidak bersetuju dengan perkahwinan itu kerana jurang umur yang jauh berbeza dan status sosial.

Pemuda yang bekerja sebagai pelayan bar itu telah mengejutkan ibu bapanya dengan keputusannya untuk mengahwini pengantin perempuan yang sudah berusia itu.

'Kalau dah jodoh', Walaupun beza 16 tahun, pemuda ini nekad kahwini boss sendiri undang reaksi netizen

Difahamkan, pemuda itu sebelum ini pernah meninggalkan rumah selama setahun bagi mengelak daripada dipaksa untuk berkahwin oleh ibu bapanya.

Bagaimanapun, pemuda itu telah mengubah fikirannya dan bersedia untuk berkahwin dengan pilihan hatinya selepas setahun menghilang.

Sewaktu pemuda itu pertama kali memperkenalkan wanita itu, ibu bapa pemuda tersebut menyangka bahawa wanita itu merupakan ibu kepada pengantin perempuan.

Sebaik sahaja mereka mengetahui bahawa wanita itu bakal menjadi menantu mereka, kedua ibu bapa pemuda itu marah dan menentang hubungan itu sekeras-kerasnya.

“Saya tidak akan berkahwin melainkan pengantin perempuannya adalah dia,” kata pemuda itu kepada ibu bapanya.

'Kalau dah jodoh', Walaupun beza 16 tahun, pemuda ini nekad kahwini boss sendiri undang reaksi netizen

Susulan daripada kata-kata anaknya itu, ibu bapanya terpaksa bersetuju dan merestui perkahwinan anaknya bersama wanita tersebut.

Perkahwinan mendapat kritikan hebat di atas talian
Namun begitu, selepas gambar perkahwinan pemuda itu didedahkan dan dimuat naik di atas talian, mereka telah menarik perhatian ramai orang.

Dengan jarak umur 16 tahun, spekulasi dan kritikan yang teruk telah diberikan kepada pasangan pengantin baharu itu.

Pemuda itu menjelaskan bahawa perkahwinan mereka adalah semata-mata kerana cinta dan bukan sekadar majikan dan pekerja.

“Hubungan kami telah ditakdirkan, bukan seperti yang diperkatakan oleh semua orang,” jelas pemuda itu.

Pada Julai lalu, seorang ibu di China terkejut selepas anak lelakinya yang berusia 19 tahun memaklumkan hasratnya untuk berkahwin.

Apa yang lebih mengejutkan adalah bakal pengantin perempuan itu adalah kawan rapat kepada ibu pemuda berusia 19 tahun itu.

Kejadian itu juga telah mendapat respon yang pelbagai daripada pengguna media sosial di China dan dunia.

BACA: “Kerana fitnah warden, mak abah buang aku, tak mengaku anak, lepas je form 5 aku tak pernah lagi jumpa mak abah. Abah meninggal pun aku tak tahu”