“Satu hari emak menangis berpunca dari isteri aku hanya kerana barang kemas, tak sangka aku dia bertudung labuh hanya nak tutup perangai buruk”

Oleh FAHMI ABBAS

Assalam semua pembaca. Bila orang tengok isteri aku ini baik, bertudung labuh seperti ustazah tetapi,

belum sampai 7 bulan berkahwin, dah beranak. Senang cakap, aku ini menjadi pak sanggup.

Aku tinggalkan dia selama 3 hari untuk beri ruang diri aku berfikir. Tudung besar dia hanya untuk berlakon sahaja. Demi ibunya, aku terima dia seadanya.

"Satu hari emak menangis berpunca dari isteri aku hanya kerana barang kemas, tak sangka aku dia bertudung labuh hanya nak tutup perangai buruk"

Ibunya juga merayu rayu untuk terima anaknya, hanya kerana untuk tutup aib dan mulut jiran setempat. Kata ibu dia buat aku lemah, tak dapat nak di tolak dan aku rela jadi pak sanggup.

Aku tak nak tahu kisah dia sebelum kahwin. Walaupun bayi tu bukan dari benih aku, tetapi aku tetap anggap macam anak aku sendiri.

Aku jaga dan besarkan dia sebab dia tidak bersalah. Dan aku tak pernah sesekali bertanya pada isteri siapa lelaki tu, dan mengapa pilih aku jadi pak sanggup. Selepas isteri bersalin, kami berpindah.

Bermulalah kucar kacir kehidupan aku. Dia surirumah, tetapi:

Rumah macam tongkang pecah. Kalau tidur depan TV, tilam itu kalau aku tak angkat, memang di situlah selama seminggu. Satu bilik penuh dengan baju yang tak berlipat. Tak nak memasak.

Kuat cemburu. Aku pergi kerja pun dia tak bagi guna perfume dan tak bagi aku sterika baju. Maka terpaksalah pergi keja dengan baju comot.

Tak nak sembahyang. Keluar rumah tak nak tutup aurat. Apa yang paling buat aku malu ialah bilamana jiran jiran menegur suruh aku menasihatkan isteri sebab mereka malu tengok.

Sudah puas aku berikan nasihat tetapi tak jalan. Selepas dua tahun, rezeki aku lebih. Sebelum pergi kerja, aku kemas rumah, basuh baju, sidai baju. 100% rumah aku kemas. Makan, hari hari beli di luar. Settle satu masalah. Hari hari kami bergduh sebab sikap cemburunya.

Dia tak izinkan aku pergi ke rumah mak sebab cemburu dengan bekas kek4sih aku. Padahal, aku bercakap dengan bekas kek4sih pun tidak sebab dia dah kahwin dan menetap di negeri lain. Terpaksa pergi rumah mak secara diam diam sebab tak nak gduh dengan isteri.

Aku dah slow talk baik baik suruh ubah pakaian, tutup aurat, tak jalan juga. Dah marah pun sama juga.

Opss.. sebelum terlupa aku buat bisnes dapat sub kontrak. Bulan tu aku dapat keuntungan lebih Aku bagi isteri RM3,000, suka hatilah dia nak beli apa. Aku tak kisah.

Aku belikan mak aku gelang emas harga RM2,000. Masa nak beri pada mak, isteri ada temankan sekali. Mak bukan main gembira suka tengok hadiah itu.

“Kau belikan mak gelang, untuk isteri ada beli sekali tak?” tanya mak. Belum sempat aku jawab, isteri dah buka mulut. “Isteri dia tak penting, mak lagi penting.

Kalau dia dah beli mak gelang, habislah duit. Bila habis duit, saya tak dapatlah beli barang kemas,” katanya menyebabkan wajah mak terus berubah.

Mak letak balik gelang itu ditangan aku dan suruh berikan pada isteri.

“Mak dah tua, untuk apa mak pakai emas? Tak ada sesiapa pun nak pandang mak,” kata mak sambil senyum tetapi air mata mak dah bertakung.

Tak cukup ke RM3,000 yang aku beri? Gelang RM2,000 saja. Sedih hati aku bila tengok wajah mak.

Rumah pun aku tak kemas lagi. Aku dah mampu upah orang. 4 kali seminggu datang kemas. Selepas setahun berlalu, isteri kantoi ada jantan lain.

Isteri beri alasan yang mereka hanya berkawan saja, tidak lebih dari itu. Kawan dia boleh makan suap suap tangan. Jantan itu sebenarnya adalah bekas teman lelaki yang membuatkan dia bunting dulu. 4 bulan lepas, kami bergduh dan dia keluar dari rumah, duduk dengan teman lelaki dia.

Anak anak dia tak nak jaga, semuanya diserahkan kepada aku termasuklah anak aku yang sulung itu. Kini kami dalam proses bercerrai.

Aku tak tahu dimana silapnya aku sebagai suami. Semua kemahuan dia aku dah turutkan. Tetapi aku gagal mendidik dia menjadi isteri yang solehah.

Ternyata aku ini hanya tempat persinggahan dia sewaktu dia dalam keadaan sesak. Mungkin dia akan lebih bahagia bersama teman lelakinya yang juga merupakan suami orang itu.

Aku tanya, apa silap aku, kekurangan aku sebagai suami? Duduk rumah cuma jaga anak sahaja.

Yang lain semua aku upah orang buatkan. Duit belanja kereta dia pun aku bagi. Kalau bab batin, seminggu 3 kali aku bagi.

Dia nak kebebasan, nak lepak sampai tengah malam dengan kawan kawan. Dia bosan duduk rumah sebab aku suruh solat, suruh tutup aurat.

Aku dah buat sehabis baik, aku dah jalankan tanggungjawab sebagai suami. Jika kebebasan yang dia mahukan, daripada aku terus menambah d0sa, lebih baik kami bercerrai.

Bekas kek4sih aku yang dulu, kini berstatus ibu tunggal. Kemtian suami. Mak suruh aku kahwin dengan dia tetapi aku tolak sebab dah serik dan tak nak perkara lama berulang.

Sekarang aku fikir nak besarkan tiga orang anak aku. Aku jarang online, banyak k0rbankan masa dengan kawan kawan semata-mata untuk dia. Balik kerja jam 5 terus duduk di rumah tak keluar.

Aku terima ketentuan Allah. Aku bukan nak mengaibkan bekas isteri sebab korang pun tak kenal aku. Aku nak luahkan perasaan, nak legakan hati. Kepada yang nak kata ini cerita rekaan, terpulanglah.

Ini antara reaksi netizen untuk kisah pertama.

Mashitah Mashi – Anak saya yang no2 berkulit gelap. Yang sulong putih melepak.

Yang no 3 pun tak segelap yang no2. Anak anak saya ketiga tiga muka tak seiras.

Cuma yang samakan mereka cuma tanda lahir… Saya dan husben kulit tak gelap pun. Ok dekat sini boleh nampak tak.

Warna kulit tu tak semestinya ikut mak ayah… Memang susah nak terima sebab dalam tempoh bertunang dia boleh buat perangai macamtu.

Ini awak tak lunaskn nafkah batin dia. Tak takut ka kalau dia cari orang lain secara diam2? Fikir sebaik mngkin…

Nur Ain Rahim – Ye, nak yang terbaik buatlah DNA test. Lepas tu senang nak cerita soal harta keturunan dsb.

Disebabkan awak lelaki yang baik, mungkin itulah ujian untuk awak. Sabar, ujian Tuhan takkan sama.

Jika isteri nak berubah dan insaf terimalah dia dan jangan sia siakan.

Siapa kita untuk menepis semua ujian Tuhan, jadi berusahalah baiki rumahtangga sebaiknya.

Walaupun mungkin suatu masa keputusan dna menyatakan anak itu bukan anak awak sekalipun, layan dia dengan baik.

Dia tak salah dalam hal ni.

Mohd Firdaus Makhtar – Yang terbaik adalah dna test. Ianya menjawab teka teki selama ini.

Makin lambat buat, makin terabai nanti tanggungjawab atau kasih sayang yang sepatutnya awak bagi.

Tidak adil bagi mereka. Jika sebaliknya, awak telah teraniaya dan TIDAK ADIL bagi awak juga..

Rujuklah kepada pakar. Yang salah tetap salah, mohon kuatkan iman untuk hadapi semua ini.

Kepada Jabatan Warganet, jika didapati bersalah, hendaklah semua pihak ambil teladan dan pengajaran dari kisah ini…

We cannot always be nice all the time and back up benda yg x betul..

Enk Wonderland – Bias betol commentar kat cni. Kalau laki buat benda terkutuk time bertunang, suruh si isteri maafkan sebab si Suami dah Insaf.

Tapi kalau si isteri yang buat benda terkutuk komen kritik si isteri tu. Patutnya kena adil la..

Siapa yang buat benda terkutuk tu dan khianat psangan kena kritik la tak kira perempuan mahu pun lelaki.

Kpd tt, check je dna. Xsalah pon. Yang penting kalau dah decide nak teruskan perkahwinan.

Kalau boleh jangan mengungkit isu ni. Sebab tt dah decide untuk terima kekurangan si isteri.

BACA: ‘Kaunter kosong tak pelik, lagi pelik kalau tiap kaunter ada staf’, pengguna kecewa sikap sambil lewa penjawat awam