Tanggung hutang keluarga ratus ribu ringgit, Ubai dedah Shila Amzah dikerah kerja dari usia 10 tahun undang sebak netizen

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Dah hilang sabar, penyanyi Shila Amzah akhirnya meluahkan segala keperitan yang dipendamnya selama ini.

Konflik Shila Amzah dan adik beradiknya bermula apabila penyanyi itu mengambil keputusan untuk menjual rumah didiami keluarganya di Hulu Langat, Selangor.

Terbaru, suami Shila iaitu Ubai turut membuka mulut menyifatkan isterinya itu seorang wanita yang kuat.

Tanggung hutang keluarga ratus ribu ringgit, Ubai dedah Shila Amzah dikerah kerja dari usia 10 tahun undang sebak netizen

Iyalah Shila Amzah memang dah menyanyi dan terkenal dari kecil. Siapa yang tahu, tahu lah kan.

Tapi siapa sangka penyanyi ini rupanya menderita kerana perlu mengabdikan seluruh hidupnya buat keluarga.

Katanya, dah umur 28 tahun barulah Shila dapat merasa pegang duit sendiri termasuk kad bank dan kad pengenalan.

Malah, perkahwinan Shila yang dulu pun di atas pilihan keluarga.

Dalam tempoh 3 tahun berkahwin, Ubai mendakwa penyanyi itu ‘didera’ secara fizikal dan mental selain perlu tanggung bekas suami.

Lebih mengejutkan Ubai mendakwa isterinya perlu menanggung hutang keluarga sehingga ratusan ribu ringgit.

Katanya, isterinya tak ada tempat mengadu, hanya dikerah untuk bekerja dan bekerja.

Setiap titik peluh hasil bekerja, Shila perlu dahulukan keluarga dan tak boleh memberi alasan kerana itulah tugas sebagai anak sulung jika tak mahu jadi anak derhaka.

BACA: “Aku hamilkan anak kawan baik suami, suami tak tahu waktu dia dibebaskan dari penjara aku dah mengandung 2 bulan”