Akhirnya terungkai misteri kenapa kerusi nombor 13 tak pernah wujud dalam pesawat komersial

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Anda mungkin terkejut apabila mengetahui beberapa pesawat tidak mempunyai kerusi bernombor 13 dan 17.

Begitu juga dengan semua pesawat di Malaysia turut tidak ada kerusi bernombor 13.

Perkara itu turut didedahkan bekas pramugara Malaysia Airlines, Zarul Umbrella di Instagram miliknya.

Akhirnya terungkai misteri kenapa kerusi nombor 13 tak pernah wujud dalam pesawat komersial

Jelasnya, nombor tersebut dikaitkan dengan unsur mistik dan perkara yang tak baik.

“Seat nombor 13 terutama dalam penerbangan Malaysia tak wujud. Kenapa? Mungkin ini unsur mistik.

Gambaraja tempat duduk dalam pesawat.

“Nombor itu juga dikaitkan dengan perkara tak baik. Hakikatnya memang tak ada seat tu,” katanya.

Dalam pada itu, The Sun melaporkan nombor 13 sering dikaitkan dengan beberapa konotasi negatif.

Air France, Iberia dan Ryanair antara beberapa pesawat luar negara yang tidak mempunyai tempat duduk bernombor 13.

Namun jurucakap Ryanair berkata ia adalah disebabkan tradisi pembuatan Amerika Syarikat.

Luthansa juga antara pesawat yang tidak mempunyai tempat duduk bernombor 13 dan 17.

Kerusi bernombor 13 juga tidak wujud dalam pesawat Ryanair.

Menurut syarikat penerbangan itu:”Dalam sesetengah budaya, nombor 13 dianggap tidak bernasib baik.

“Itulah sebabnya tiada kerusi nombor 13 dalam pesawat, kerana kami menghormati kepercayaan karut.

“Dengan cara itu tiada siapa menganggap angka 13 adalah malang perlu duduk di barisan itu,” katanya.

Nombor 17 pula dianggap malang kerana dilihat sebagai angka roman XVII, anagram VIXI bermaksud ‘hidup saya sudah berakhir’ dalam bahasa Latin.

Namun hakikatnya, barisan ke-13 adalah tempat duduk terbaik keranan ia berdekatan dengan pintu kecemasan.

BACA: Kanak-kanak bangsa india selamba tarik lagu bunga angkasa di kenduri kahwin undang reaksi netizen