Sedia maklum, semalam, pelakon Mawar Rashid membuat orang ramai terkejut selepas memuat naik gambar sudah tidak lagi bertudung.
Kata Mawar di kapsyen foto tersebut, dia sudah cuba untuk kekalkan imej bertudung tetapi gagal dan disebabkan itu, dia memohon maaf kepada orang ramai.
Abang ipar kepada pelakon tersebut, Fazley Yaakob enggan memberi sebarang komen berkenaan isu itu dan tidak masuk campur urusan adiknya, Raf Yaakob.
Apabila ditanya oleh pihak Utusan Online sama ada perasan atau tidak dengan perubahan Mawar hingga ambil keputusan untuk free-hair, cef tersebut tahu bahawa adik iparnya alami masalah tekanan mental yang serius.
Saya rasa semua pun sedia maklum dan Mawar juga sudah berulang kali memberitahu, dia mempunyai masalah kesihatan mental yang serius.
Dalam pada masa yang sama, Fazley hanya memohon doa daripada orang ramai untuk Mawar terbuka hati kembali bertudung satu hari nanti.
BACA: Kanak-kanak bangsa india selamba tarik lagu bunga angkasa di kenduri kahwin undang reaksi netizen