‘Dah cuba tapi gagal’, Mawar Rashid akhirnya ‘unboxing’ setelah sekian lama bertudung

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Pelakon dan usahawan terkenal, Mawar Rashid mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Mawar memuat naik dua keping gambar di depan cermin sambil menayangkan rambutnya yang diikat.

Aktres berumur 28 tahun itu juga menulis kapsyen meluahkan rasa gagal dalam berhijab.

'Dah cuba tapi gagal', Mawar Rashid akhirnya 'unboxing' setelah sekian lama bertudung

Saya dah cuba. Tetapi saya gagal. Saya minta maaf.

Pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid turut bertindak menutup ruang komen di hantaran tersebut.

Kembali selepas mental bersedia

 

Sementara itu, isteri kepada Raf Yaakob juga memuat naik sekeping foto matahari terbenam yang diambil di tepi pantai di Instagram Story.

Sekadar info, Mawar terbuka hati untuk memakai tudung pada Ogos 2020 selepas masuk kelas agama.

Mawar dan Raf berkahwin pada November 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Sri Riyanna Sayang.

Mawar turut memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

BACA: Pasangan warga emas berputih mata, barang antik bernilai RM20 juta dijual dengan harga RM745