Daun serai dah layu? Jangan buang, ini cara buat mandian herba guna daun serai

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Kebiasaannya, serai digunakan di dalam masakan dan merupakan bahan sampingan yang boleh dijadikan sebagai ‘pewangi’ sajian.

Umum mengetahui, serai ini baunya sangat wangi dan ia juga boleh dijadikan minuman bagi membantu membuang segala toksin dalam badan.

Kalau nak tahu, serai mengandungi beberapa antioksidan yang boleh membantu menghilangkan radikal bebas dalam badan

Daun serai dah layu? Jangan buang, ini cara buat mandian herba guna daun serai

yang boleh menyebabkan penyakit, menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Agriculture and Food Chemistry.

Teh serai juga memberikan pelbagai manfaat kesihatan seperti merendahkan tekanan darah, melindungi kesihatan hati, meningkatkan imun, menyelaraskan sistem penghadaman mengurangkan berat badan.

Bagaimanapun pengambilannya secara berlebihan adalah tidak digalakkan.

Kalau nak cakap tentang kebaikan serai ini, memang banyak lebih-lebih lagi terhadap tubuh badan. Tetapi tahukah anda sebenarnya ia juga boleh dijadikan sebagai mandian herba?

Selalunya kalau ambil serai kita akan buang daunnya, kerana dalam masakan hanya batangnya sahaja yang digunakan. Namun, selepas ini kalau anda ambil serai, pastikan daunnya jangan dibuang.

Menurut perkongsian Hasmie Harun, daun serai yang telah dipotong dan dikeringkan boleh dibuat menjadi air rebusan untuk mandian herba yang boleh menyegarkan badan.

“Daun serai jangan dibuang, kalau yang ada sauna atau rajin mandi daun-daun herba, sanggulkan daun serai seperti gambar di bawah,” katanya.

Tak susah pun untuk lakukan mandian herba ini, hanya perlukan daun serai sahaja. Ikuti perkongsian di bawah ini.

Bahan yang diperlukan:

Daun serai

Cara-caranya:

Ketika tuai serai, tuai hanya separuh rumpun sahaja. Buang lebihan daun dan bahagian batang serai simpan untuk kegunaan memasak.

Simpul daun serai seperti dalam gambar kemudian untuk hilangkan miang daun itu, keringkan di bawah cahaya matahari.

Selepas sudah kering, simpan dalam peti ais. Bila nak guna untuk mandi sauna ambil seikat. Boleh mandi macam biasa.

BACA: Sherry Al Hadad buat ‘Street Dance’, rupanya gelaran sebelum ini ‘mama hiphop’ buat ramai terkejut