“Baru sebulan kahwin aku dah cakap aku menyesal kahwin dengan kau. Ceraikan aku.. Sekarang ni aku menyesal cakap macam tu..”

Oleh FAHMI ABBAS

Aku selalu tengok post kawan aku dekat fb and whatsapp. Dia selalu pergi jalan-jalan dengan suami dia, suami dia rajin tolong itu tolong ini.

Suami dia pandai masak. Suami dia ada kerja yang bagus dan sebagainya. Suami aku kerja kilang biasa – biasa je..

Assalamualaikum nama aku Cik B. Aku dah 4 tahun berkahwin dan masih belum dikurniakan baby.

“Baru sebulan kahwin aku dah cakap aku menyesal kahwin dengan kau. Ceraikan aku.. Sekarang ni aku menyesal cakap macam tu..”

Aku menulis hari ni sebab beberapa hari ni newfeeds fb asik keluar pasal influencer surpr1se isteri dengan hadiah tak kalah mewahnya.

Banyak komen-komen tag suami masing-masing. Ada jugak yang membandingkan suami dia dengan influencer tu. Aku cuma nak share secebis kisah aku isteri yang tak bersyukur ni supaya korang stop comparing your husband.

Aku takut jugak nak post tulisan ni tapi aku amik ni sebagai nasihat untuk diri aku sendiri jugak. Aku masa mula kahwin dengan suami, aku macam tak boleh terima sebab suami aku tak macam yang aku expect. Yes expectation aku tinggi terhadap suami aku.

Aku mengimpikan suami aku rajin tolong buat kerja rumah. Tapi bila dah kahwin, tak macam yang aku impikan. Aku bukanlah nak suruh dia 100% buat kerja rumah. Aku nak macam contoh aku basuh baju, kau sidaikanlah.

Aku dah masak, kau basuhkan pinggan. Aku dah kemas rumah, kau tolong la buang sampah. Kesudahannya, aku selalu gaduh dengan suami pasal benda kecik ni jee. Kalau lepas makan kadang-kadang dia tak basuhkan pinggan, aku membebel marah macam benda tu besar pada aku.

Masa tu aku masih bekerja. Jadi aku expect suami aku saling tolong menolong dalam rumahtangga. Bayangkan baru sebulan kahwin aku dah cakap aku menyesal kahwin dengan kau. Ceraikan aku.. Sekarang ni aku menyesal cakap macam tu sebab suami aku ni baik dan tak pernah berkira dengan aku.

Masa aku kahwin tu, time pkp. Hari aku nikah, kawan sekerja aku pun nikah hari yang sama. Dan aku selalu tengok post dia dekat fb and whatsapp. Pergi jalan-jalan dengan suami dia, suami dia rajin tolong itu tolong ini.

Suami dia pandai masak. Suami dia ada kerja yang bagus dan sebagainya. Suami aku kerja kilang biasa-biasa je sampai aku lupa nak bersyukur dan aku tak nampak kebaikan suami aku sendiri. Sampai satu tahap, aku stop tengok fb.

Aku stop tengok benda-benda yang boleh trigger aku untuk membandingkan suami aku. Aku ada baca satu penulisan kat fb. Cari kelebihan yang ada pada suami. Jangan tengok keburukan je. So aku cuba ingat balik masa zaman bercinta dulu apa aku nak dia tak pernah tak tunaikan.

Even dah kahwin ni pun, aku nak makan apa cakap je. Ada duit dia akan belikan. Takde duit, dia akan cakap nanti kita beli. Kadang-kadang benda macam ni aku tak nampak sebab aku selalu bandingkan suami aku dengan suami orang lain.

Suami aku tak romantik. Tak pandai nak tunjuk kasih sayang. Tapi dia tunjuk dengan perbuatan. Kadang-kadang ada hari aku rasa malas nak masak atau taktahu nak masak apa dia akan cakap, takpe la hari ni awak takyah masak. Saya yang masak.

Takpun, dia akan cakap hari ni makan kat luar. Benda macam ni pun aku tak nampak. Dulu masa aku masih bekerja, pagi-pagi dah siap nak hantar aku pergi kerja walaupun shif kerja dia pukuI 3 petang. Kawan aku lak, pergi kerja drive sendiri sebab tempat kerja suami dia tak sejalan.

Kalau aku mintak tolong sidaikan baju ke, basuhkan pinggan ke, dia akan buat. Which is, aku kena suruh la baru tu dia buat. Kalau tak, tak jalan. Hahaha. Aku mintak buatkan ampai, buatkan meja, buatkan kerusi, dia sendiri cari kayu pastu dia tukang sendiri.

Masa hari anniversary kitorang, aku tanya dia takde nak bagi surprise ke, dia kata takde. Kan aku suami tak romantik. Tapi, tau-tau dia balik kerja diam-diam dia sorokkan sejambak bunga ada coklat. Alih-alih, nah. Takde wish pun happy anniversary tapi bagi bunga tu pun dah cukup faham.

Masa aku disahkan positif c-19, suami aku laa yang tengah-tengah malam duk urut badan aku, picit kepala aku. Tengah tidur aku kejutkan dia sebab aku takleh tidur. Batuk sampai sesak nafas. Masakkan makanan untuk aku walaupun masa tu dah hilang deria rasa.

Masa aku dah naik ambulan dia yang paling tak tentu arah. Chat kawan dia suara dah nak nangis sebab takut aku ditidurkan tak bangun-bangun. Aku nak berhenti kerja, dia iyekan. Dia tak larang aku nak kerja dan tak juga larang aku nak berhenti kerja.

Aku pernah tanya dia, kalau aku berhenti kerja pastu kite tak cukup duit camne? Dia kata takyah pikir, dia tahu la nak cari duit kat mana. Aku nak belajar amik kemahiran, suami aku support. Hari-hari hantar dan ambil aku pergi balik kelas.

Walaupun lepas hantar aku, dia terpaksa patah balik pergi kerja. Kami ada satu kenderaan je iaitu motor. Sekarang ni tengah usahakan nak keluarkan kereta. Pasal anak, dia tak kisah pun. Ada, adalah. Takde, takdelah. Bukan kita tak berusaha. Cuma belum rezeki.

Suami aku pun tak kisah kalau takde anak. Anak buah ada, tumpang anak buah je la. Buat masa ni dia takde lak cakap nak kahwin lagi. Ye la baru 4 tahun kahwin. Ada sorang kawan aku, suami dia polis. Tengok status whatsapp dia setiap kali suami dia balik outstation mesti suami dia bawak pergi bercuti.

Kalau suami dia cuti, anak-anak semua suami dia uruskan. Kerja rumah pun suami dia yang buat. Kawan aku ni rilek saja. Tapi bila suami dia outstation berbulan lamanya, nampak struggIe dia uruskan anak – anak sendirian.

Aku ni, suami aku kerja dekat-dekat je. Kalau dapat outstation pun tak selalu. Kalau outstation pun, seminggu atau dua minggu sekali mesti balik. Tak payah pening-pening pikir macamana nak urus anak sebab belum ada anak.

Jadi, masih nak membandingkan suami sendiri dengan suami kawan ke? Masih tak bersyukur ke? Kalau ingat balik sepanjang baru 4 tahun kahwin ni, aku cakap kat diri aku kenapa nak bandingkan suami sendiri dengan orang lain.

Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Suami aku boleh terima kekurangan aku kenapa aku tak boleh nak terima kekurangan dia. Ada orang dah takde suami, semua kena buat sendiri. Uruskan anak-anak ape semua.

Aku ni masih ada suami pun tak reti bersyukur. Ada orang suami kaki pukul, kaki minum, kaki perempuan. Suami aku tak macam tu. Bersyukur bangun pagi dia ada kat sebelah, ada yang mengimamkan solat, sudi bawak aku pergi jalan-jalan.

Masa dia outstation 3 bulan, barulah aku nampak yang aku sayang suami aku. Bila dah jauh hari-hari tanya bila nak balik sebab aku rindu nak duduk serumah dengan dia. Nak gaduh-gaduh manja. Naik motor pergi jalan-jalan. Rindu sangat.

Jadi korang yang dapat suami yang baik, cuba jangan bandingkan dengan orang lain. Tengok keadaan suami korang tu. Tengok muka dia time tidur. Kalau suami korang kaya macam influencer tu, lainlah. Kehidupan b40 tapi selera nak t20. Mana sama weyy. Kasut kita tak sama.

Kadang-kadang bila aku rasa nak membandingkan suami aku dengan orang, aku akan cakap kat diri aku, suami aku bagi cukup makan, pakai, tempat tinggal. Apa lagi yang aku nak? Kita cuma nampak luaran je. Dalaman kita taktahu sebab dia tak tunjuk.

Zaman sekarang kan, apa yang ditunjuk tak sama dengan apa yang berlaku. Jadi, hargailah suami korang tu. Jangan nanti bila dah takde, baru korang nak kenang semua kebaikan dia. Maaf la tulisan aku ni panjang sangat. Aku bukan nak cakap suami aku baik, tak. Tulisan ni aku tuju untuk diri aku sendiri jugak. Stop tengok kekurangan suami. – Cik B (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Felis Catus : Kalau rasa hati tu senang terpengaruh, senang membanding, senang terasa, senang cemburu tak payahla cuba-cuba duga hati sendiri dengan tengok story, status media sosial kawan-kawan / ahli keluarga.

Mostly semua pun akan cerita kebahagian masing-masing. Scroll up, pejam mata teruih. Sejenis malas ambil tahu hidup orang lain aku la tu. Serius tenang aman hidup tanpa kita tau pasal orang lain dan orang lain pun taktau apa jadi dalam hidup kita bila kita pun tak hebah kisah hidup kat orang. Kalau nak tau khabar orang tu tanya bila jumpa, kalau taknak tahu dok diam jela. Enjoy setiap moment dalam hidup. Time happy enjoy, time sedih layanss.

Siti Hazwani : Saya jenis appreciate suami tak kira depan public atau sendiri. Benda kecil suami buat pun saya appreciate. Bukan bermaksud dia sempurna sebagai suami. Tapi rupanya dalam kita share post, ada orang tak suka dan s4kit hati atas sebab nikmat dia tak dapat.

Padahal ‘Untuk nikmat tuhanmu yang telah Dia limpahkan kepadamu, maka bicarakanlah hal itu’ adduha, 11.

Bukan sebab nak jaga hati mereka yang mengata, tapi sebab nak jaga keluarga sendiri dari kena ain, so saya decide masa online jadi anonymous je lah cukup.

Masa offline masih macam ni saya, appreciate suami dan anak-anak tiap-tiap hari. Peluk cium setiap hari. Atas kita nak pandang dengan mata lalat atau mata lebah post orang lain. Kalau u berbulu tengok kegembiraan orang lain, masalah u lah kan. Manusia memang takkan pernah puas hati. Hidup orang lain dia tak puas hati, hidup dia sendiri pun dia tak puas hati.

Hakila Hamid : Mudahkan cerita.. ukur baju di badan sendiri. Kalau rasa mampu berpijak dibumi nyata tak perlu berangan nak terbang sama tinggi. Bersyukur masih mampu berpijak, ada orang tersungkur, merangkak dan melunjur untuk bergerak.

p/s : Nak rasa pawagam kita punya, pi tengok waktu pagi hari kerja. Silap-silap kita ja duk dalam pawagam tu.. haha.. jangan lupa bawak selimut.. sejuk woo..

BACA:“Aku kantoi curang dengan isteri disebabkan aku geli bau badan dia yang busuk, rupanya ada sesuatu yang dia rahsiakan buat aku menyesal”