Lelaki naik tangan dengan kekasih lepas diajak slow talk, sekali wanita itu balas buat netizen puas hati

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Memang satu redflag dalam perhubungan percintaan kalau si lelaki ada naik tangan dekat teman wanitanya.

Selain curang, ini adalah satu petanda awal bahawa dia itu bukanlah jodoh kita.

Apatah lagi, kalau si lelaki itu telah melakukan kedua-dua perkara yang menyakitkan itu seperti satu video yang tengah tular di media sosial ini.

Lelaki naik tangan dengan kekasih lepas diajak slow talk, sekali wanita itu balas buat netizen puas hati

Dalam video yang berdurasi 1 minit 28 saat di TikTok itu, pemilik video menjelaskan dia sudah rimas dengan bekas teman lelakinya yang mendesak dirinya untuk berbincang.

Wanita itu bersama rakannya yang menunggu di dalam kereta, mereka membuat panggilan saat wanita itu bersua dengan bekas teman lelakinya untuk membuat rakaman percakapan lelaki itu.

Rakaman menunjukkan lelaki tersebut cuba untuk mendekati wanita itu tetapi dia mengelak. Menurut wanita itu, bekas teman lelakinya mahu kembali bersama semula, difahamkan hubungan mereka terputus akibat kecurangan lelaki tersebut.

Ketika sedang berbincang, lelaki tersebut secara tiba-tiba menampar wanita ini.

@mellymochii Replying to @𝕴 𝖆𝖒 π–˜π–π–Š ♬ original sound – 𝔐𝔬𝔠π”₯𝔦


β€œTak tahu lah sejak bila jadi dayus, Ya Allah syukurnya lah tak jadi kahwin.”

Lelaki tersebut juga menolak kepala wanita tersebut, namun wanita ini dilihat membalas semula serangan lelaki tersebut sebelum lelaki berkenaan dilihat beredar.

Wanita tersebut kembali ke keretanya dan menjelaskan yang dia baik-baik sahaja setelah ditanya sahabatnya. Namun begitu, jauh di sudut hatinya dia berasa sedih.

β€œMasa tu nampak je ok, tapi hati ni tuhan je tahu, retak betul hati masa dia lalu, tergamak kau buat aku macam ni.”

β€œAku demam pun sanggup keluar sebab dia nak jumpa, end up kena pukul, terima kasih kerana dah buat aku makin benci dengan kau.”

Jelasnya lagi, dia tak boleh nak menangis sebab hatinya sudah begitu hancur. Dalam masa sehari video ini telah meraih 2.2 juta jumlah tontonan.

Ramai netizen yang menonton video ini bengang dengan sikap lelaki tersebut, bahkan ada juga yang memuji wanita itu yang berjiwa kental dalam melindungi dirinya. Bahkan ada juga yang puas hati dengan tindakan wanita ini yang tak beri muka langsung pada lelaki itu.

BACA:Β β€˜Mana mama? Mama tak balik kerja lagi?’, Soalan anak jururawat yang maut ditikam suami undang sebak netizen