Kegiatan Timbalan Ketua Polis terbongkar bila dirakam leka karaoke dengan tokey judi online

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Timbalan Pesuruhjaya Polis Diraja (RTP), Surachate Hakparn atau lebih dikenali sebagai Big Joke mengundang kritikan ramai

selepas dirakam berkaraoke bersama seorang pengendali laman web perjudian online di sebuah parti, lapor laman berita Thaiger semalam.

Video dirakam seorang peguam terkenal di Thailand itu mencetuskan rasa curiga orang awam terhadap Surachate yang menghadapi siasatan melibatkan perjudian dalam talian.

Kegiatan Timbalan Ketua Polis terbongkar bila dirakam leka karaoke dengan tokey judi online

Pengendali laman web perjudian berkenaan, Suchanan bersama bekas presiden Kelab Bola Sepak Lamphun Warrior, Pongsiri Ratchawongsuek sebelum ini ditahan berkaitan kegiatan haram tersebut.

Susulan penahanan mereka, polis telah menjalankan siasatan lanjut dan mendapati lapan pegawai polis terlibat dalam perniagaan haram itu.

Kesemua lapan anggota polis itu dilaporkan bekerjasama rapat dengan Surachate. Hasil siasatan membawa kepada penggeledahan kediaman Surachate dan empat lagi rumah berdekatan milik orang bawahannya.

Ketika kejadian, Suratchate tidak membenarkan pegawai memasuki kediamannya, namun beliau kemudian membenarkan Polis Siber menjalankan siasatan. Tiada barang haram atau mencurigakan ditemui di kediaman itu.

Sehingga kini, Surachate dilaporkan kekal tidak bersalah, namun siasatan masih dijalankan.

Dalam pada itu, Surachate mengakui beliau menghadiri parti seperti dipaparkan dalam video tersebut, namun mendakwa ia dianjurkan untuk pasukannya.

Dia mendakwa membenarkan orang bawahannya menjemput rakan dan ahli keluarga mereka, namun menurutnya, seseorang mungkin menjemput Suchanan ke parti itu.

BACA: “Gara-gara sikap suami, aku tanggung akibatnya, aku dibenci mak mertua”