Kalau tanya Miss Murai siapa selebriti yang tak pernah berubah kecantikannya; tak dimamah usia dan masih lagi maintain seperti zaman anak daranya…
Mestilah wajah Datin Seri Maria Farida yang bermain di fikiran.
Walaupun sudah berusia 54 tahun, aktres kacukan Melayu-Filipina ini kerap dihujani dengan persoalan mengenai kecantikannya.
Mana taknya, penampilan Maria Farida yang terkini langsung tak nampak seperti usianya, sangat muda dan cantik!
Kalau kamu salah seorang daripada mereka yang tertanya-tanya apa rahsia kecantikan Maria Farida ini, Miss Murai akan kongsikan dalam entri di bawah;
Pertama sekali, Maria Farida mendedahkan dirinya dilahirkan dalam keluarga yang mewarisi wajah ala-ala ‘baby face’ dan tiada masalah kulit.
Pastikan minda sentiasa rasa tenang dan gembira kerana ia akan memberi kesan pada penampilan. Jadi sentiasa berpandangan positif dalam hidup.
Lihat siaran ini di Instagram
Untuk nampak muda, Maria Farida tekankan supaya kita menjaga kesihatan, jangan merokok, selalu menjadi baik dan kurangkan mengumpat.
Tiada rutin penjagaan yang khusus kerana kulit wajahnya sensitif. Tetapi apabila mahu menggunakan produk baru, Maria Farida tidak akan aplikasikan terus ke wajah kerana jika tidak bersesuaian, kulitnya akan menjadi gatal dan ruam.
Caranya menjaga kecantikan wajah adalah dengan membersihkan kulit dengan tisu basah daripada jenama tertentu sahaja.
Maria Farida turut mendedahkan yang dirinya tidak melakukan sebarang rawatan estetik kerana takutkan jarum dan lebih suka menjaga secara semula jadi.
Untuk menjaga badannya pula, aktres ini memberitahu yang dia akan cuba kurangkan pengambilan nasi ketika bekerja (on set shooting).
Bagi mengelak dirinya daripada makan berlebihan, Maria memberitahu yang dia akan berhenti makan sebelum pukul 8 malam, dan makan semula pada pukul 12 tengah hari.
Rupanya tak susah pun ‘tips diet’ Maria Farida. Yang penting kena rajin, berdisplin dan konsisten. Selamat beramal!
BACA: Kenapa berlian banyak ditemui di Afrika, di Malaysia tiada ke?