Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa yang aku tulis ni sekadar berkongsi.
Umur aku 15 tahun adik aku hilang. Adik aku kecik lagi belum sekolah. Aku ingat lagi mak datang sekolah aku dengan muka pucat cakap adik hilang.
Adik aku keluar dengan ayah, tak sampai seminit dua adik aku hilang dan ayah aku cari satu tempat berejam tak jumpa.
Balik sekolah tu aku kayuh basikal keliling cari dan jerit nama adik aku.
Aku waktu tu dah risau sambil panggil nama adik aku sambil menangis.
Malam tu pukul 1 pagi ayah balik rumah sambil dia menangis. Satu kawasan jiran tu tolong cari, saudara mara jauh pun datang tolong cari.
1 tahun kemudian.
Lepas dah dapat banyak bantuan dari pihak berkuasa dan orang ramai, adik aku masih tak dapat jumpa.
Aku satu keluarga ni sepanjang satu tahun memang dalam kondisi yang teruk dan terlalu lemah.
Bangun pagi lepas subuh keluar cari adik. Pukul 1-2 pagi baru balik rumah. Sebar poster, gambar, tanya orang semua kami buat.
Aku pergi sekolah tak boleh nak fokus belajar. Otak aku memang kosong.
Cikgu dengan kawan tanya okay tak. Aku jawab padahal tidak. Aku setiap hari rasa takut sangat sebab fikir pasal adik aku.
Aku habis SPM. Masa ni aku mak dan ayah masih tak putus asa cari adik. Setiap negeri kami pergi, banyak benda bergadai.
Aku ingat lagi satu harini aku mak dan ayah balik rumah lepas cari adik dalam pukul 1 pagi.
Ayah aku menangis kuat sambil dia tampar diri dia cakap, “Kenapa ayah ni bdoh sangat, adik sebelah ayah je haritu”
Mak aku cuma pegang tangan ayah cakap, “Sabar bang, sabar. Bukan salah awak” memang kuat ayah meraung pagi tu.
Tapak kaki ayah dengan mak aku memang hancur sebab berjalan kaki tanya orang dan sebar poster.
Aku sejak haritu pun entah hidup memang tak ada tujuan.
Nak sambung belajar aku tak larat. Tapi mak dengan ayah aku paksa suruh belajar. Aku pun belajar agak jauh.
Tak sampai sebulan, dapat call dari mak yang ayah dah meninggal. Aku balik tu dalam bas menangis sepanjang perjalanan.
Balik lepas kebumi kan apa semua, mak pun cerita. Sehari sebelum meninggal ayah cari adik. Balik tu dalam pukul 10 malam.
Ayah genggam tangan mak dia minta maaf sebab tak jaga adik dan keluarga dengan baik sambil menangis.
Besoknya bila kejut ayah dah tak bernafas lagi.
Sambil aku belajar dekat negeri lain, aku sambil tu cuba cari adik aku walaupun aku tahu peluang dia sangat nipis.
Beberapa bulan sebelum tamat belajar. Mak aku sakit, aku pun balik.
Aku waktu ni ingat sakit biasa. Jadi malam tu dekat hospital aku pun berbual dengan mak.
Mak aku suruh jaga diri baik baik nanti dah habis belajar kahwin jadi suami dan ayah yang baik sambil bergurau cakap dia tak sabar nak tengok cucu.
Beberapa jam kemudian mak aku hembuskan nafas terakhir.
Selepas uruskan segala persiapan untuk mak aku.. Saudara mara pun dah balik semua.
Aku waktu ni macam “mungkin ini lah aku punya penamat” pada aku tujuan hidup diri aku dah tak ada.
Aku dah tak nampak langsung mana satu arah aku patut ikut.
Tapi aku tahan sebab aku terfikir nanti kalau adik aku balik macam mana.
Aku tahu peluang dia amatlah tipis. Tapi aku malam tu fikir adik aku.
Jadi malam tu aku keluar tak ada tujuan. Bawa poster yang dah bertahun lama dengan gambar adik aku. Aku jumpa orang aku tanya.
Sekarang benda tu macam jadi kekuatan aku walaupun aku sendiri yang yakin probability untuk jumpa balik tersangatlah rendah.
Doakan aku dipermudahkan segala urusan ya…
Reaksi Warganet
Julie Anme –
Lama dulu, anak saya hampir diculik oleh pendatang asing dalam pusat beli belah. Umurnya 2 tahun waktu itu.
Puas cari dalam supermarket, ditemui dalam tangan pendatang itu sedang tunggu lift untuk keluar supermarket.
Nasib baik dia lari masuk lift tinggalkan anak saya depan pintu lift.
Sudah makan tahun berlaku tapi saya jadi trauma dengan kes kes penculikan.
Jaga anak anak masing masing dengan baik.
Semoga TT bertemu jawapan tentang misteri kehilangan adiknya. Amin.
Aini Abdullah –
Teringat pula cerita LION dalam Netflix nie. Hilang masa kecil di stesen keretapi, dah besar baru balik.
Ada orang ambil anak angkat membesar kat luar negara. Mujurlah tapi abang dia meninggal masa cari dia. Cerita benar.
Berbalik pada confession ini, menangis saya baca. Saya tak tahu adik umur berapa.
Moga semua panjang umur dan selamat. Adik baik dalam jagaan Allah.
Dan semoga boleh bertemu suatu hari nanti dalam keadaan yang baik insyallah.
Nak tanya.. dekat media sosial.. FB , Twitter ada tak post?
Kalau letak dalam media sosial boleh pakat share.. Cara ini lebih cepat.
NuRaz Wan –
Kesiannya korang sekeluarga, menangis saya baca. Dapat dibayangkn kesengsaraan awak semua..
Adik.. ada satu cara yang boleh buat hidup awak lebih bermanfaat.
Setiap hari, sebelum solat subuh dan selepas solat asar, awak baca doa pendinding untuk adik. Niatkan untuk keselamatan dia.
Jadi.. walau dia tidak didepan awak.. walau dimana dia berada.. doa awak sentiasa melindunginya.
Jangan lupa baca doa untuk diri awak juga.
Dugaan berat ini… semoga menjadi asbab awak sekeluarga mendapat syurga Allah.. Aamiin ya rabbalalamiin..
Norizan Mamat –
Salam,
Sedihnya makcik baca… Makcik pernah la hilang anak.
First time, jumpa dia dalam kereta. Dok sorang sorang dalam keadaan tengah hari. Dah berpeluh dan biru sedikit bibirnya.
Nasib baik abahnya nampak. Memang mengerikan kami masa tu… nasib baik dia berdiri.
Kali kedua, anak yang sama tu hilang dalam bulan puasa. Dia merajuk dan menyorok.
Dah la dia gelap, duduk pula bawah meja dekat dapur yang tak pasang lampu.
Kami ni melilau dah cari dalam taman. Tuhan saja tahu takutnya kami.
Anak makcik yang bongsu macam tak ada apa pun berlaku. Sabar jer la…
Tak dapat bayangkan perasaan mak ayah confessor. Semoga confessor sendiri baik baik saja dan ikut nasihat mak.
Jalani hidup dengan baik, berkahwin dan sayang anak isteri. Hidup dan kuatlah dengan harapan tu. Harapan dapat bertemu adik.
Boleh viralkan dalam fb dan media sosial lain. Kita sama sama doa semoga ada jalan.
Semoga happy ending.
Rainbow Sunshine –
Innalillahiwainnailaihiraajiun.. doakan ibu bapa selalu… Moga ada rahmat dalam hidup saudara…
Pujuk hati dengan alQuran… Serahkan tawakal hati dan urusan pada Allah. Allah jaga…
Baca surah Yusuf… Kisah dia dibuang abangnya sendiri… Sedih pilu ayahnya memikirkan anak kecil yang tiada di sisi…
Kuasa Allah akhirnya bertemu setelah puluhan tahun…
BACA: Pakcik nekad berpanas terik jual kereta demi sesuap nasi untuk makan buat ramai sebak
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio