“Ayah lempang abang lepas dia lafazkan cerai, abang terduduk bila ayah cakap dia menyessal dapat anak dayus macam ini”

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Makin lama makin berani erkk penyondol penyondol nie tanpa segan silu jahanamkan rumahtangga orang, pastu acah acah baik.

Cerita aku agak panjang tapi aku memang tengah beremosi sangat sangat nak luahkan dekat sini lepas tengok kes ex wife kena tumbuk tu.

Nama semua aku guna nama samaran.Ayah dan mak aku kerja kerajaan then mak aku jadi surirumah selepas aku lahir.

"Ayah lempang abang lepas dia lafazkan cerai, abang terduduk bila ayah cakap dia menyessal dapat anak dayus macam ini"

Aku ada seorang jea abang, Razi. Jarak antara aku dengan abang aku 8 tahun.

Mak ayah aku memang sayang giller2 dekat abang aku sebab selepas 6 tahun kahwin baru dapat abang aku.

Mak aku pernah keguguran 2 kali sebelum dapat abang aku. Dan rezeki mak ayah aku dapat aku, anak perempuan sebagai anak kedua.

Memang dari kecik aku nampak mak ayah lebihkan abang aku terutamanya mak aku. Tapi aku jenis hati kering sikit, so aku buat dek jelah.

Abang aku dilayan macam anak raja weyh. Apa dia nak semua dapat. Study sampai Degree kat luar negara semua ayah aku tanggung.

Aku pulak belajar dekat sini jea. Aku memang tak rapat dengan abang aku.

Abang aku pernah couple 3 4 kali then putus. Semua alasan dia mesti salahkan perempuan.

Bagi aku, abang aku bukan jenis alim mana pun tapi nak calon isteri alim alim, cantik, berfikiran matang lah, open minded bagai.

Nak dijadikan cerita, abang aku jatuh cinta dengan seorang perempuan nie. Siti memang memenuhi semua kriteria yang abang aku nak.

Dia tidak pernah bercinta sebab busy kerja. Siti kerja di hospital.

Abang aku dengan Siti bercinta dekat setahun then bertunang pastu berkahwin. Selepas berkahwin, Siti duduk dengan kitorang.

Awal awal Siti memang kekok sikit nak bersembang, masak dan uruskan rumah. Tapi slowly dia belajar sampai jadi perfect.

Selepas 2 tahun berkahwin, Siti mengandung. Abang aku suruh dia berhenti kerja konon konon nak fokus jaga anak. Siti ok jea.

Masa nie, abang aku mula start complaint. Ada jea cara Siti jaga anak yang abang aku tak puas hati. Tapi kitorang selalu back up Siti.

Abang aku macam tak suka sangat keluarga Siti datang melawat unless ada apa apa majlis.

Kalau Siti nak keluar ke apa mesti kena berteman walaupun nak ke kedai dekat dekat jea.

Siti jarang make up dan pakai pun menutup aurat bukan jenis berfesyen sebab abang aku tak suka dia berhias.

Aku rasa abang aku dah macam mengongkong. Tapi aku diam sebab aku tengok Siti tak melawan.

Abang aku beli rumah sendiri sebab katanya nak privacy. Ok fine kitorang malas nak komen asalkan dia bahagia.

Masa Siti mengandung anak kedua, abang aku dah mula start buat perangai.

Masa Siti mengandung anak pertama, semua ok tapi bila anak kedua nie banyak isu.

Air ketuban tak cukup, Siti low BP sampai pitam dan selalu muntah muntah sebab banyak makanan dia tak boleh nak bau apatah lagi makan.

Siti selalu ulang alik hospital. Mak aku selalu temankan Siti.

Keluarga Siti pun ada jugak selalu melawat anak dia tapi abang aku selalu buat muka. Dorang ignore jea abang aku.

Abang aku mula balik lambat then anak pertama A – Z kitorang yang uruskan.

Dia boleh sound Siti cakap lembik lah melayan sangat sakit tu dan macam macam lagi.

Menyirap drah aku dengar. Masa nie, aku bergaduh dengan abang aku. Geram lak aku dengan perangai dia.

Mak ayah aku pun berbuih mulut nasihatkan abang aku. Siti tengah sakit so dia takde tenaga nak gaduh gaduh.

Ingatkan lepas kena tegur berubah perangai, tapi makin menjadi jadi.

Masa Siti mengandung 7 bulan, tiba tiba abang aku nak berkahwin dengan ex dia yang dulu.

Bila siasat siasat, rupanya kantoi abang aku curang.

Nie memang dasar lelaki anjirrr. Boleh pulak sibuk layan ex dia dulu sampai terlanjur.
Then boleh siap cakap benda dah jadi, dah ditakdirkan itu jodoh dia.

Ex dia free hair, rambut kaler teh tarik, pakai s3xy dengan make up bagai. Kepala bana dia.

Mentang mentang Siti tengah sakit sakit mengandung jadi tak boleh nak layan dia, dia sempat menyundal erkk.

Memang kitorang bergaduh teruk. Baru mak ayah aku menangis tengok perangai durjana abang aku nie.

Tapi kan Siti tetap tenang.

Ya ampun, dia siap minta maaf sebab tak mampu nak layan abang aku. Dia siap bersetuju untuk p0ligami sebab dia fikirkan anak anak.

Even keluarga Siti pun baik baik, dorang terima keputusan Siti.

Selepas Siti bersalin sampailah habis pantang, abang aku datang jenguk sekali dua jea.

Sibuk layan penyondol tu nak beli rumah lah, kereta lah apa bagai. Memang abang aku mampu dari segi kewangan jadi sukalah penyondol tu.

Kitorang memang boikot penyondol tu sebab dia sangat kurang ajar dengan kitorang, suka provoke Siti then pandai berlakon depan abang aku macam kitorang yang buli dia.

Memang betul lah orang cakap kalau dah angau bercinta, buta hati mata.

Abang aku berkahwin dengan penyondol tu masa anak kedua berusia 4 bulan.

Majlis kahwin buat kecik kecik, simple simple sebab malu dekat orang.

Kitorang memang boikot langsung tak join sebab penyondol tu tak nak mintak maaf dan tak berkenan dengan cara dia.

Selepas berkahwin pun dia macam insecure ke giller aku tak tahu lah sebab hari hari kacau kitorang.

Aku pernah bertumbuk tampar dengan dia sebab geram sangat.

Kau dahlah penyondol pastu nak merajuk rajuk kitorang tak layan dia, kitorang buli dia lah boikot dia lah.

Duk canang dekat sana sini dia dianiayai. Keluarga dia pun dua kali lima.

Masa anak kedua abang aku berumur setahun, kitorang gaduh teruk sebab penyondol tu buat kacau dekat majlis aqiqah.

Memang Siti buat tak jemput dia tapi dia sibuk nak datang dengan abang aku pastu duk sindir sindir. Ada jea benda dia tak puas hati.

Siti meletup time tu then dia berperang mulut dengan penyondol tu. Tup tap abang aku cerraikan dia weyh.

Sampai hati dia, gembira penyondol tu sebab apa yang dia nak dia dapat.

Aku sebenarnya nak kata sedih pun tak gembira pun tak. Aku lega sebab akhirnya Siti bebas.

Ayah aku lempang abang aku selepas dia lafazkan cerrai. Ayah aku memang cakap dia menyesal dapat anak dayus macam nie. Mak aku dah hampir nak pitam.

Selepas beberapa hari, tiba tiba abang aku datang nak rujuk balik.

Konon menyesal lah apa tapi Siti dah nekad nak cerrai. Memang hancur jiwa hati dia.

Keluarga aku memang sokong keputusan Siti. Ayah aku kecewa sangat dengan abang aku.

Naik turun mahkamah dekat 8 bulan akhirnya dua2 bercerrai talak satu. Masa dekat mahkamah memang abang aku ditemani penyondol tu dan keluarga cel4ka dia.

Kitorang semua berdiri dengan Siti. Mak aku cakap dia tak akan maafkan abang aku selagi dia tak betul betul menyesal bertaubat dan mintak maaf dengan mak ayah dan Siti.

Selepas bercerai, Siti duduk semula dengan keluarga dia. Aku, mak dengan ayah memang selalu melawat dia dan memberi sokongan.

Kesian aku tengok mak ayah aku menangis nangis mintak maaf dekat Siti dengan keluarga dia.

Siti tetap tenang. Aku respect dia betul sebab dia kuat dan tak melenting.

Dia memang tuntut semua harta dan nafkah yang patut dia dengan anak anak dapat. Dia start kerja balik, anak anak kekadang keluarga dia atau kami jaga.

Abang aku masih tengah angau bercinta jadi dia langsung tak ambik peduli pasal kitorang mahupun anak anak dia. Bulan bulan dia bank in kan duit.

Mak ayah aku pun dah tak kisah pasal dia. Abang aku pindah duduk jauh dari kitorang.

Selepas 6 tahun camtu, tiba tiba abang aku balik rumah mak ayah aku. Menangis nangis apa bagai mintak maaf.

Abang aku dah kurus kering, rambut serabai dan tak terurus. Mak aku kesian so bagi dia masuk rumah. Ayah aku memang duduk bilik tak layan dia.

Rupanya, penyondol tu pernah keguguran anak (bukan anak dengan abang aku) sebelum nie.

Tahun lepas, penyondol tu dapat anak tapi kantoi bukan anak abang aku. Penyondol tu dalam diam ada pasang 2 3 laki.

Laki tu jumpa abang aku bagitau sebab dia bengang penyondol tu mungkir janji pasal isu duit.

Laki tu dah couple dengan penyondol tu sebelum dia kenal abang aku lagi. Tapi dorang sama sama menyundal for fun bukan serius nak berkahwin.

Abang aku jea bdoh sebab berkahwin dengan dia.

Laki tu cakap anak tu anak dia bukan abang aku. Bila buat DNA test memang sah anak laki tu.

Kau bayangkan lah penyondol tu punyalah jijik menyundal sana sini for fun.

Dia target nak kahwin dengan abang aku sebab abang aku ada duit dan dia tahu dia boleh control abang aku. Habis keluar semua cerita.

Abang aku siap buat test H1V nasib baik negatif. Tapi jiwa dia dah mti.

Elok elok ada bini serba lengkap kau buang termasuk dengan anak anak dan mak ayah.

Kemaruk sangat dengan cinta, gatal sangat biji tu sampai tak reti nak tundukkan pandangan dan control nfsu masa bini tengah mengandung.

Sibuk nak menyundal berziina masa bini tengah bertarung nyawa lahirkan anak kau. Dah kantoi, salahkan takdir cakap p0ligami sunah. Memang kepala *** hang lah.

Sekarang baru nak menyesal. Phuiii. Tuhan bayar cash dekat kau. Rasakan satu persatu kesakitan yang kau buat kena balik.

Aku sikit pun tak rasa kesian ke apa dekat abang aku. Memang patut dia kena kifarah tuhan masa dekat dunia nie.

Nanti dekat akhirat nanti lagi teruk kau akan kena dipersoal.

Btw abang aku bukan kena bomoh ke guna guna, dia memang dasar lelaki dayus.

Mak aku cam mana sekalipun dah memang anak dia kan so dia terima balik abang aku yang dah macam zombie hidup tu.

Since dah banyak bukti jadi proses nak cerrai dengan penyondol tu laju sikit. Terus bercerai talak tiga.

Menangis nangis penyondol tu sambil pegang kaki abang mak aku nak mintak simpati. Siap nak mintak duit nafkah.

Dasar betina sund4l. Mintak nafkah dekat bapak anak kau lah lagi nak berdrama sana sini. Bukti semua dah ada.

Penyondol tu ada banyak lagi kes polis mahkamah nak kena jawab.

Selepas cerrai, macam macam jugak penyondol tu buat siap report sana sini tapi satu pun tak berjaya.

Dia masih kacau kitorang siap panjat pagar rumah nak cuba masuk rumah.

Last last family dia datang angkut dia balik selepas kitorang ugut nak call polis then buat masa sekarang senyap tak dengar apa apa lagi pasal dia.

Nampak dia dah macam orang hilang akal.

Siti dan anak anak dia alhamdulillah hidup bahagia. Rezeki dia mencurah curah selepas bercerrai dan dia dah move on.

Kami masih keep in touch dengan dia dan anak anak. Siti masih respect mak ayah aku dan tak sesekali menyalahkan kami.

Tapi aku bagitau mak ayah aku sebab manjakan sangat abang aku lah jadi sampai camni.

Sekarang nie sama sama lah tanggung akibatnya. Habis rosak hidup anak orang lain.

Abang aku dah pulih sikit tapi nampak sangat jiwa hati dia dah mti. Ada rujuk pakar psikiatri then ada jugak kena makan ubat.

Abang aku cuba nak kembali semula dengan Siti tapi dah terlambat.

Siti izinkan dia jumpa anak anak tapi hati dia memang dah tertutup untuk abang aku selamanya.

Siti trauma nak berkahwin lagi. Dia hidup sekarang nie pun sebab anak anak. Abang aku menangis nangis melutut dekat dia pun dia tak layan.

Ayah aku pun nasihatkan abang aku untuk move on. Jangan kacau Siti dan anak anak, cukuplah apa yang dia lalui sebelum nie.

Be a real man and let her go.

Abang aku nie hopefully dia boleh tebus balik kesalahan dia semua dan jaga anak anak dia elok elok.

Aku selalu berdoa Siti dapat jodoh dengan laki yang baik baik. Moga dia bahagia selalu dengan anak anak.

Kalau suami dah curang berziina then lepas kantoi baru nak kahwin dua, aku rasa better isteri pertama angkat kaki terus.

Suami nak berp0ligami sebab kantoi curang berziina rasanya suami itu akan terus adil ke dengan isteri pertama dan anak anak.

Lagi satu, kenapa tak ada hukuman beratur terhadap suami dan penyondol yang berziina walaupun dorang dah berkahwin?

Laki laki dekat luar sana yang sibuk menyundal berziina curang masa isteri tengah mengandung ke berpantang, kau tunggulah balasan tuhan nanti.

Kau ingat kau buat dosa besar tu takkan kena balasan ke?

Yang penyondol pun sama. Nikmat menyondol tu kejap jea weyh. Bila bila masa tuhan boleh tarik nikmat kau satu persatu.

Aku doakan puak puak anjirrr semua nie pupus cepat cepat.

Reaksi Warganet

Teddy Chomel –
Luahan dia penuh kemarahan. Rasa macam dia tgh bercerita face to face dengan aku, huhu.

Tapi bagus la korang support menantu dan ipar. Ipar yang sangat matang dan cool.

Selesai kat mahkamah dan tuntut apa patut tanpa lorat lorat.

Zulfah Saeed –
Kes nie sama macam saya. Ex dah buang sebab betina tu tak nak bermadu.

Waktu suami giliran rumah saya, sengaja dia kiram video dieorang habis berjimak.

Hahahahah bila saya, memgamuk suami cerraikan sy.

Tak pe la kita tunggu dan lihat je kifarah yang dia akan dapat. Sampai mti saya tak kan maafkan…

Noorul Izzah Marzuki –
Sebab tu lah hukuman sebenar jika ikut hudud bagi penziina muhsan (baligh, berakal, merdeka dan berkahwin) ialah direjam dengan batu hingga mti.

Itu sahaja ubatnya. Tapi tu lah. Hmmm.

Nur Hidayah –
Kalau betul betul ikut Islam sepatutnya laki laki yang dah berkahwin dan berziina ni tak sempat pon nak kahwin lagi sebab mampoih kena hukuman rejam dulu dah.

Dalam sistem sekarang ni boleh la duk buat terlajak ziina dengan laki orang pastu buat bini no.2. puihh.

Kalau dalam Islam tu hang patutnya jadi mayat dah tau dak. Takdak hari nak ada can buat majlis kahwin lagi laaahh..

Cahaya Ira –
Puas hati baca macam drama tapi best sebab yang buat jahat dapat kafarah Allah bayar cash.

Respect awak dan mak ayah awak sebab tak meyebelahi anak sendiri dan sangat baik dengan siti.

Memang hakikatnya merajakan anak lelaki merosakkan mereka dan membuatkan mereka jadi laki tak guna dan dayus..

BACA: “Awak helok lah, nak is*p awak?” Selebriti lelaki terkenal terima mesej lucah dari peminat