“Suami jadi biawak hidup tak pernah bagi nafkah anak, mak aku bagi kerja pun dia memilih nak gaji RM1800 je dahlah spm je dia ada

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Sebagai seorang suami, terlalu banyak tanggungjawab yang harus dilaksanakan dalam membimbing keluarga.

Nafkah untuk isteri serta anak dan pelbagai lagi perkara yang memerlukan seorang suami serta ayah perlu memiliki wang.

Wanita ini berkongsikan kisah kehidupannya yang amat susah bersama bekas suami yang tidak tahu melaksanakan tanggungjawab dan hanya duduk tanpa bekerja di rumah ibunya.

“Suami jadi biawak hidup tak pernah bagi nafkah anak, mak aku bagi kerja pun dia memilih nak gaji RM1800 je dahlah spm je dia ada

Hi semua. Aku ada nak kongsi cerita sikit, nak cerita pasal bekas suami aku. Aku kenal dia waktu habis SPM. Waktu tu tengah kerja separuh masa dengan niat rancangnya nak sambung belajar. Tapi apakan daya, tiba-tiba ada pulak lelaki datang mengorat.

Waktu tu tak layan sangat sebab dah lama single dan memang nak fokus kerja je untuk sambung belajar. Tapi dia punya usaha tu memang A+, biasalah benda belum dapatkan. Setiap hari dia akan datang tempat kerja aku sebab tempat kerja dia dekat je.

Bawak makananlah, belanja makan untuk berbuka puasa sebab masa tu Ramadhan. Setahun jugaklah dia cuba untuk ngorat, aku belum bukak hati nak terima. Sampailah hujung tahun tu aku kena denggi. Teruk jugak, sampai masuk ICU.

Mak aku sorang je jaga aku ke hulu ke hilir. Kemudian datangla dia ni selalu melawat, borak dan teman mak aku kat hospital tu. Sanggup datang naik grab setiap hari untuk melawat. Mak aku pun nampak dia tu macam baik, prihatin apa semua sepanjang aku s4kit.

Kemudian tahun depannya, dia bawak aku jumpa keluarga dia. Dan kami pun bertunang pada bulan February dan kami bernikah pada bulan July. Ketika tu kami belum ada rumah sendiri dan nak jadikan cerita, kami duduk dekat rumah mak aku sebab 5 minit je nak ke tempat kerja.

Kemudian lepas 8 bulan nikah, aku mengandung. Melahirkan dan kemudian pandemik pun melanda satu dunia. Suami aku ni takde SPM, jadi susah sikit nak dapat kerja. Dan dari dulu dia jenis tukar – tukar kerja. Baru sebulan dua dah berhenti.

Sepanjang pandemik dua tahun tu, dia duduk dengan mak dia dan aku plak duduk dengan mak aku. Aku tak tahu kenapa dia tak nak balik walaupun 15 minit je rumah dia nak ke rumah aku. Cubalah bayangkan, dia jarang balik, aku sorang jaga anak, dia tak kerja.

Mestilah mak aku bising. Bila mak aku carikan kerja, dia tolak. Padahal masa tu susah kot nak dapat kerja lagi musim pandemik tu. Bila dapat kerja, baru sebulan dia dah berhenti. Lepastu dia hanya nak kerja yang gaji RM1800.

Weh kau tu dahlah takde SPM, musim pandemik pulak tu. Masa tu aku merayu kat dia kerja je apa pun asalkan dapat gaji. Aku nak kerja time tu tak boleh sebab anak fully breastfeed. Dia ni kaki main game. Kuat main game, lepastu main omi. Katanya boring sebab jauh dari aku.

Ada satu hari tu dia kantoi chat perempuan, mengaku dia bujang baru lepas break up katanya tengah cari awek. Padahal aku kat rumah weh dengan anak. 3 kali jugak kantoi, lepastu dia nangis mintak maaf dan ulang lagi. Aku jadi tawar hati.

Perbelanjaan makan minum pampers anak aku semua mak aku tanggung, kau seronok kat sana jadi biawak hidup menumpang kat mak kau. Ditakdirkan aku kena c19, terp4ksa putvskan susu. Lepastu aku kerja dekat dengan rumah.

Bila ada duit sikit, terus aku uruskan cerai sebab dia g4ntung aku tak bertali hampir 2 tahun. Dia tak balik, tak bagi apa – apa nafkah. Duit tambang ke mahkamah pun dia mintak aku. Sekarang aku dah setahun lebih cerai, hak penjagaan aku dapat.

Silap aku tak tuntut nafkah anak sebab aku kesian, dia masih memilih kerja. Bila aku tuntut nafkah anak kat dia, dia m4ki aku. Bila aku tuntut segala hutang dia kat aku, dengan barang kemas aku yang tergadai sepanjang perkahwinan kitorang, eh dia nak tuntut pulak yang dia belanja masa nak ngorat aku dulu.

Bila aku tinggal anak aku kat rumah dia baru seminggu, mak dia whatsapp apa yang dia belanja kat anak kitorang. Dan dia bagitau duit dia tinggal sekian – sekian lepas beli barang kat anak kitorang. Eh aku jaga anak tu sorang hampir dua tahun takde kecoh pun. Anak kau langsung tak bagi duit, takde nak datang jenguk ke apa.

Sekarang mak dia pulak mengadu kat aku, anak dia tu tak bagi pun duit dapur kat dia walaupun dah kerja. Belanja kat diri sendiri je. Beli baju baru minyak wangi, pasang wifi kat bilik sampai tak keluar bilik langsung. Aku bluetick je.

Sebab mak dia dulu sendiri yang cakap, aku dengan anak dia tu takkan kekal lama.

Sekarang alhamdulillah, aku dah lepas semua tu. Imagine jadi single mom di umur 23 anak sorang. Aku bersyukur ada mak dan kawan yang support. Moga dia berubah sebelum mulakan rumahtangga dengan sesiapa pun. Terima kasih admin, dan yang sudi baca.. – Rhey (Bukan nama sebenar)

Baca juga: “Aku terkilan dengan ayah, mulut tak pernah lekang berselawat dan zikir tapi lidah tak pernah jaga, ayah sering malukan ibu depan adik-beradiknya, rupanya..”