Sering kita mendengar masyarakat menyebut isteri yang membenarkan suaminya berpoligami akan menerima payung emas di akhirat kelak.
Apakah wujud dan sahih perkara ini?
JAWAPAN: Segala pujian hanya untuk Allah SWT, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW. Terima kasih atas persoalan yang diajukan.
Berkenaan dengan payung emas, tidak terdapat di dalam al-Quran ataupun hadis tentang payung emas.
Ini bermakna, payung emas adalah satu rekaan semata-mata dan ia hanyalah satu perspektif yang tidak benar.
Di dalam al-Quran memang terdapat ayat-ayat yang menyentuh tentang alam perkahwinan atau hubungan suami dan isteri, tetapi payung emas tidak disebut sama sekali.
Begitu juga dalam hadis, ada disebut tentang kelebihan seorang isteri yang mentaati suaminya dan sabar dalam menghadapi alam rumah tangga.
Contoh ayat al-Quran yang bercerita tentang hubungan sesama suami dan isteri adalah:
Firman Allah SWT: “Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka.” [An-Nisa:34]
Di dalam sebuah hadis, daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Jika seorang wanita menunaikan solat lima waktu, puasa pada bulannya (Ramadan), mengawal kemaluannya dan taat kepada suaminya.
Masuklah dia ke dalam syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki.” [Riwayat Ibn Hibban, 9/471]
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi ayat al-Quran dan hadis yang menceritakan tentang kelebihan hidup berumah tangga serta hubungan suami dan isteri.
Namun, tidak terdapat sepotong ayat al-Quran atau hadis yang menceritakan tentang payung emas sebagaimana didakwa.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio