Saya Josha, berumur 28 tahun. Dah berkahwin, dan mempunyai seorang anak perempuan.
Saya ingin menceritakan kehidupan saya bersama kekasih yang kini sudahpun menjadi sebagai suami saya.
Terlebih dahulu, maafkan saya andai penulisan saya ini tak sempurna dari segi penggunaan bahasa dan jalan cerita yang tunggang langgang.
Saya cuba tulis dengan betul ye. Izinkan saya guna sedikit bahasa inggeris juga.
Saya seorang anak bongsu dalam 6 beradik yang dilahirkan dalam keluarga yang taat beragama. Ibu dan ayah sangat tegas dalam segala hal.
Walaupun saya bukan Islam tetapi ibu tetap menyuruh kami berpakaian tutup aurat.
Kami adik adik beradik sentiasa dipantau oleh ibu ayah. Ibu ayah juga tegas katakan ‘no love marriage’. Begitu la kehidupan saya.
Akan tetapi semasa umur saya 16, masih di bangku sekolah saya telahpun jatuh cinta. Cinta monyet kata orang.
Saya memang sakan bercinta tanpa pengetahuan Ibu ayah. Gred saya pun makin menurun walaupun saya dikenali sebagai top student/ pelajar harapan.
Saya masih ingat bulan Oktober tahun 2009, saya terlanjur buat kali pertama dengan kekasih.
Tak, saya bukan bangga dengan perbuatan itu sampai ingat haribulan semua. Tetapi saya memang rasa hina dan saya menyesal sangat.
Kalaulah masa boleh diundur ke belakang saya memang bersungguh sungguh akan mempertahankan mahkota saya.
Masa itu memang tak rasa menyesal. Gembira saja memanjang.
Dari luar saya seorang yang sangat baik, taat kepada ibu ayah, seorang yang memunyai ilmu agama.
Ibu ayah juga sangat menyayangi saya dan menganggap saya sebagai anak yang paling taat.
Tetapi hakikatnya sayalah anak yang paling tak guna, anak yang kuat menipu ibu ayah.
Maafkan saya ibu dan ayah. Sesungguhnya saya menyesal. Sangat sangat menyesal.
Setiap kali dating dengan kekasih pasti kami akan terlanjur dan ianya bersambung sampai kami mengambil keputusan untuk berkahwin pada tahun 2018.
Saya bagitau ibu yang saya ada kekasih. Ibu kecewa sebab ibu ayah memang menolak love marriage.
Saya pujuk ibu, ibu akur dengan mengatakan, ‘I agree, but any problem you solve on your own’. (Saya akur tetapi apa apa masalah kamu tanggung sendiri).
Tahun 2019, kami berkahwin. Dari sini bermulalah segala kesan akibat berz1na/ terlanjur sebelum kahwin.
Betul kata orang selagi tidak tidur sebantal sebilik maka tidak tahu perangai sebenar.
Kami bercinta hampir 11 tahun. Segalanya baik baik dan sentiasa berbunga berbau wangi saja.
Lepas kahwin baru terbongkar yang suami ini suka minum (ar4k) walaupun agama saya dan prinsip keluarga kami menentang perbuatan itu sekeras kerasnya.
Bulan kedua lepas kahwin, Masa saya mengemas bilik suami dapat jumpa 2 hp yang masih boleh guna.
Saya godek godek dapat tahu yang sebenarnya suami curang sepanjang bercinta dengan saya.
Hancur luluh hati saya. Rasa nak bnuh diri sebab kebdohan diri sendiri terlalu percaya dengan suami.
Saya confront suami. Dan dia mengaku katanya saya cinta sejati dia. Lain lain tu saja test market.
Kalaulah iman saya tak kuat haritu, memang saya teranjang dia dengan jawapan dia yang bdoh tu.
Fast forward saya dapat tahu saya mengandung. Bersyukur walaupun rasa diri ini tidak sedia memikul tanggungjawap sebagai ibu.
Tetapi Tuhan maha mengetahui. Masa mengandung sarat sekali lagi saya dapat rasa ada yang tak kena.
Saya check hp suami. Hah, tudia ada message flirting dengan pompuan lain pula.
Masa tu rasa memang hancur. Tangan menggigil. Rasa sedih, sayu, menyesal, tak berguna semua ada.
Terus saya confront suami, suami akur dengan perbuatan dia. Nangis minta maaf.
Sujud di kaki saya minta saya tolong doakan dia menjadi suami dan ayah yang baik. Minta doakan supaya dia tidak lagi berfoya foya.
Saya tanya kenapa you buat macam ini. Apa yang tak kena dengan saya.
Katanya saya sempurna tetapi since dia dari keluarga yang broken, (ibunya berpenyakit meroyan selepas melahirkan suami) dia yang tidak mendapat kasih seorang ibu, mudah cair dengan kata kata perempuan.
Saya bagi peluang lagi.
Kami sama sama berdoa, kesal dengan kesilapan masa lalu. Mungkin ini semua hukuman akibat dosa kami. Hilangnya nikmat perkahwinan. Kami sama sama taubat.
Semuanya baik baik sahaja, saya melahirkan puteri saya tahun 2020.
Suami pun makin berubah ke arah yang baik. Ar4k tidak lagi disentuh, hp semua bersih. Saya pun dah tak check hp dia.
Saya berdoa, ‘saya takkan check hp suami kalau ada apa apa tak kena biar tuhan yang menunjuk, sebab hati manusia ini Tuhan yang pegang.’
Everything was good sampai saya habis pantang, Masa kami nak berhubungan suami isteri, suami tidak mampu.
Tetiba suami macam hilang mood. Ujian ini berterusan sampai hari ini. Hampir setahun nafkah batin saya terabai.
Kadang kadang suami nangis. Semasa kami nak bermesra tetapi suami tiba tiba hilang mood.
Kalau suami mampu, saya pulak hilang mood. Macam kayu saja. Tipu kalau saya katakan yang saya tak pernah rasa suami curang lagi. Hihi. Jahatkan saya.
Saya tanya suami straight forward, ‘eh you makan luar ke sampai tengok muka saya take mood’.
Suami dah bergenang air mata pulak.
Katanya ‘jangan la cakap pasal benda lalu, saya dah taubat. Tak flirt dengan sape sape dah, only you’.
Kami sama sama menyesal mungkin ianya akibat berz1na/ terlanjur sebelum kahwin. Mungkin hukuman dari Tuhan di dunia ini.
Kami sama sama berdoa minta ampun dari Tuhan.
The thing is we have lost kenikmatan perkahwinan. Suami cakap, ‘Dulu kita onzz saja setiap kali dating. Tak ingat Tuhan, tak ingat ibu ayah, tak ingat kesan berdosa, kesan berz1na dan sekarang perkahwinan kita diuji.
Saya dan suami sama sama janji untuk berhadapan dengan ujian ini. Setiap hari kami berdoa agar perkahwinan kami direstui oleh Tuhan.
Kepada adik adik di luar sana percaya la, anda berz1na sebelum kahwin pasti ada kesan nya.
Pasti kenikmatan perkahwinan itu akan berkurang, pasti perkahwinan yang dibina atas dosa z1na ini akan diuji sampai hapusnya dosa tu.
Semoga Tuhan mengampun kami suami isteri.
Semoga kami membesarkan anak kami dengan keberkatan Tuhan.
Reaksi Warganet
Wanie Talib –
Selain bertaubat, boleh juga jumpa pakar sakit puan/tuan dan juga pakar psikiatari.
Kadang kadang ianya melibatkan inner self, rasa guilt yang berpanjangan dan mengganggu s3xual life, mostly because of guilt, rasa bersalah dan berdosa.
Find your true path and God will lead you, people who search, will be lighted by God. Hope you both try hard to strengthen your marriage…
Mei Meiy –
Sejujurnya sebelum ni saya ingatkan agama Islam sahaja yang tegas kena jaga aurat, tak boleh berziina, tak boleh minum ar4k.
Saya tak tahu pulak agama lain juga melarang sebab kebanyakkan orang sekeliling semuanya bebas sangat.
Walaupun ada yang sembahyang (ikut agama masing masing) tapi masih lagi melanggar larangan.
Sekarang baru saya faham, it’s about individual tu sendiri, bukan agama.
Norizan Mamat –
Kita ni, bila buat benda curi curi, memang best. Bila boleh buat bila bila masa tak ada larang tak jadi kesalahan, rasa kurang la thrill tu.
Tak apa, hidup memang gitu.
Akhirnya nanti, suatu masa kita dah betul betul kasih dengan hanya melihat dia tidur atau melihat dia bergurau, semuanya otomatik akan ok saja.
Good luck dalam hidup yer
Hanie Zuhanie –
Tak perlu dipertikai, semua agama memang suruh penganutnya berbuat baik dan menjauhi semua yang tak baik termasuk minum ar4k, berziina semua. Terpulang pada diri individu tu sendiri.
Buat Puan Confessor, moga perkahwinan anda berdua diberkati Tuhan bahagia sampai akhir hayat.
Yes, nak berubah tu very hard but try harder. Past is past. Just look forward je okey
BACA: Bengkel kereta di Kelantan jadi gudang seludup minyak paket, 2308kg minyak masak dirampas
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio