“Aku kerja 16 jam sehari, bila balik rumah nak kena uruskan suami, akhirnya ini balasan aku dapat

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Ramai wanita memilih untuk berhenti kerja selepas berkahwin untuk membantu menguruskan hal rumah tangga.

Apatah lagi banyak yang penat bekerja kemudian balik rumah juga tidak boleh berehat kerana terpaksa selesaikan tanggungjawab terhadap keluarga.

Seorang wanita, Nurul (bukan nama sebenar) meluahkan rasa kesal dalam hantaran apabila dirinya dilayan seperti bibik selepas berkahwin

“Aku kerja 12 jam sehari, bila balik rumah nak kena uruskan suami, akhirnya ini balasan aku dapat

“Saya Nurul, sudah berkahwin. Usia perkahwinan kami baru saje setahun jagung. Baru lagi la katakan tapi saya sudah merasa menyesal membuat keputusan untuk berkahwin.

Sebelum kahwin saya hanya bekerja kilang syif pagi (7 pagi hingga 7 malam), selepas kahwin saya masih bekerja di tempat yang sama.

Tapi setelah dua bulan berkahwin saya resign sebab saya kepenatan.

Mari saya cerita kenapa saya penat. Suami saya jenis yang suka bawa bekal pergi kerja, biasa saya akan sediakan sarapan dan makan tengah hari untuk bekal dia dan saya.

Seawal 4.30 pagi saya dah bangun ketung ketang kat dapur, saya ni kurang pandai masak jadi agak lambat saya dekat dapur untuk masak breakfast dan lunch.

Jam 6.20 pagi saya dah gerak dari rumah ke kilang yang makan masa 20 minit untuk sampai, saya naik moto sendiri.

Masa saya keluar bekerja suami belum bangun lagi. Dia biasa 8.30 baru kuar rumah, kadang jam 9 pagi baru kuar. Hari hari rutin yang sama berjalan.

Setelah sebulan saya mula rasa penat dengan rutin harian saya.

Saya kerja kilang 12 jam berdiri, sampai umah jam 8 malam kelam kabut nak solat maghrib, nak masak untuk dinner pulak, sekalian siapkan bahan untuk masak esok pagi lagi.

Nak sapu rumah lagi, rumah saya ni sehari tak sapu berhabuk sangat. Mandi dan rehat kejap, suami balik saya layan dia makan pulak, siapkan hidangan makan malam pastu urut dia.

Bagi sesetengah orang biasa saja rutin harian saya tapi bagi saya ianya sangat memenatkan. Saya keje, semua keje rumah saya yang buat.

Saya keje berdiri 12 jam, kaki memang sakit sangat. Balik keje penat sangat dengan bawak moto menyelit sana sini, jalan jam. Tapi balik keje kene sambung keje rumah lagi.

Kadang rasa malas nak masak bekal, nak masak untuk makan malam saja.

Mulut suami memang cakap tak paksa saya masak, tak paksa saya kemas rumah perfect sangat tapi bila saya tak masak dia buat muka,

Bila ada kain yang bergantung dekat ampaian (ampaian dalam bilik saja, rumah flat), dia tanya bila saya nak angkat tapi dia langsung tak membantu, mulut saja bising..

Saya mengadu dekat suami, saya penat. Suami suruh saya resign, dia cakap nak keje boleh, jangan abaikan tanggungjawab saya sebagai isteri,

Maksudnya rumah kene perfect kemas, masak hari hari, sediakan dia brekafast, lunch dan dinner.

Dia kata tu pilihan saya nak keje sebab dia boleh saja tanggung saya, tak dinafikan gaji dia tinggi,

Jadi saya dilema, kalau tak keje saya takde duit sendiri, tak boleh makan sedap sedap dah, tak boleh nak beli barang yang saya teringin.

Suami tiap bulan hanya beli ikan selayang, ikan kembung, telur, itu saja lauknya tiap bulan. Nafkah untuk saya dia bagi RM100. Kalau tak keje, memang saya pokai la.

Bukan tak bersyukur tapi gaji suami saya tu mampu nak belikan lauk lauk lain jugak. Tapi dia yang berkira sangat.

Kadang kadang saya terasa bosan asyik makan ikan saja, nasi saja hari hari. Teringin jugak nak masak benda lain tapi tula mampu tengok resepi saja la sebab bahan tak cukup.

Sekarang saya dah 8 bulan jadi surirumah sepenuh masa.

Kurang penat tapi saya terpaksa menahan keinginan saya. Saya ni kuat makan, suka makan tapi terpaksa tahan diri sebab tak suka nak meminta minta dekat suami, dah terbiasa usaha sendiri.

Saya menabung duit nafkah RM100 sebulan tu baru saya boleh makan sedap sedap. Beli barang barang yang saya teringin, barang dapur dan rumah terutamanya,

Sekarang ni musim durian, saya hanya mampu tengok saja orang makan, saya teringin tapi saya pokai dah.

Mintak dekat suami, dia kata mahal pastu dia tak boleh makan durian.

Bila saya sorang sorang saya akan terfikir yang buruk buruk tentang suami. Saya mula rasa dia tak sayang saya.

Yela suami pun jarang manja manja kat saya, keinginan saya pun dia tak penah nak tunaikan.

Saya tak minta dia belikan saya beg jenama mahal mahal, baju mahal mahal. Saya cuma teringin nak makan makanan selain nasi dengan ikan, saya bosan..

Terfikir jugak nak buat bisnes macam. Orang lain, nak ada duit sendiri, tak harap duit suami dah tapi saya ni bukan aktif dalam social media, saya introvert, saya malu nak post apa apa.

Saya selalu jadi cctv saja. Kira takde pun yang kenal saya, saya pandai keje jadi kuli saja..

Tapi suami pentingkan diri tak menyokong saya. Dia lebih suka saya duk umah layan dia macam raja. Jadi dia tak payah fikirkan pasal rumah dah. Rutin dia pegi keje balik keje saja.

Balik keje tidur, tak peduli pun dekat saya ni. Bila dia nak ‘bersama’ baru dia datang peluk saya, belai saya.

Kadang kadang saya terasa macam bibik dekat umah ni, terasa macam saya ni cuma tempat dia lepaskan nfsu bukan sebagai seorang isteri.

Saya menyesal kahwin tapi saya masih harapkan suami berubah dan ambik berat tentang diri saya.

Saya saja kene selalu ambik hati dia, tapi dia tak perenah usaha nak bahagiakan saya, nak belikan saya makanan sedap sedap.

Terlalu bercatu dalam makanan, saya tak faham kenapa dia macam tu.

Sedangkan saya tahu gaji dia lebih dari mampu nak beli kan saya makanan sedap sedap tapi dia saja yang tak nak belikan, kedekut..

Saya yang tak reti bersyukur atau suami yang kedekut ea. Saya cuma nak meluahkan isi hati saya, saya menyesal kahwin.

Hidup bujang lagi seronok, patut ke saya minta cerrai saja dengan suami?

Saya dah tak rasa bahagia, saya stress hari hari tengok muka dia. Rasa nak marah saja dengan dia, rasa geram sakit hati saja dengan dia.”

Baca juga: 34 bulan tunggak tak bayar ansuran bulanan, rider Foodpanda hancurkan motorsikal sendiri sebelum disita