Lelaki ini menang jackpot RM4.4 juta tapi lain pula yang jadi bila polis masuk campur

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Seorang pesara kerajaan kerugian lebih RM4.4 juta akibat diperdaya sindiket penipuan pelaburan mata wang kripto.

Ketua Polis Brickfields, Amihizam Abdul Shukor berkata laporan diterima daripada seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun hari ini

Dia mendakwa ditipu dalam pelaburan mata wang kripto membabitkan lebih RM4.4 juta.

Lelaki ini menang jackpot RM4.4 juta tapi lain pula yang jadi bila polis masuk campur

Katanya, mangsa menerima mesej melalui WhatsApp daripada nombor tidak dikenali yang mengiklankan pelaburan mata wang kripto.

“Suspek memperkenalkan diri sebagai sebagai ejen pelaburan mata wang kripto berasal dari Singapura.

“Mangsa kemudian diterangkan pelan (pelaburan) dan dipujuk menyertai pelaburan, selain diarahkan membuat pendaftaran di laman sesawang diberikan,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, mangsa dijanjikan pulangan 5% hingga 10% daripada nilai modal, tanpa menyatakan tempoh pelaburan.

Katanya, mangsa membuat 90 transaksi pindahan wang berjumlah RM4,417,092.80 ke tiga akaun bank mulai 18 Julai hingga 6 Sept lalu.

Amihizam berkata, mangsa gagal mengakses laman sesawang itu atau menghubungi suspek semalam.

“Keadaan itu menyebabkan mangsa mengesyaki ditipu kerana tidak menerima sebarang keuntungan pelaburan seperti dijanjikan,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak mudah terpedaya dengan pelaburan menjanjikan keuntungan tinggi dan membuat semakan nombor akaun di https://semakmule.rmp.gov.my sebelum melakukan sebarang transaksi.

BACA: Kenapa ada kod ‘K’ dan ‘H’ pada kad pengenalan orang Sarawak? Rupanya ini maksud kod itu