Kenapa ada kod ‘K’ dan ‘H’ pada kad pengenalan orang Sarawak? Rupanya ini maksud kod itu

Oleh SURIANI HAMDAN

Seperti yang kita ketahui, generasi baru Sarawak sering berbangga dengan kod 13 atau kod 52 yang tertera di dalam IC mereka.

Ia memberi makna mereka adalah anak jati Sarawak.

Walau bagaimanapun, perlu anda ketahui bahawa tidak semestinya kod 13 atau kod 52 itu bermakna anda anak jati Sarawak.

Kenapa ada kod 'K' dan 'H' pada kad pengenalan orang Sarawak? Rupanya ini maksud kod itu

Realitinya kod 13 atau kod 52 tidak berapa penting. Yang penting sekali adalah kod “K”.

Persoalannya adalah mudah, jika terdapat kod 13 atau kod 52 tertera di dalam ic dan tiada kod K, maka anda bukanlah anak jati Sarawak dan mungkin anda akan menghadapi masalah di kemudian hari.

Kod K merupakan salah satu keistimewaan bagi orang Sarawak. Sama juga dengan rakyat Sabah yang mempunyai Kod H. Dengan Kod K, ia bermakna Sarawak adalah sebuah wilayah atau negara seperti yang terkandung dalam MA63 point 18/20.

Untuk pengetahuan anda, bukan semua orang yang dilahirkan di Sarawak diberi kod K.

Kod K hanya akan diberi jika seseorang itu lahir di Sarawak, dengan syarat salah seorang ibu bapa adalah warga Sarawak dan jika seseorang itu lahir di sarawak tetapi kedua-dua ibu bapanya bukan orang sarawak maka dia tidak layak untuk dapat kod K.

Untuk yang bukan lahir di Sarawak atau lebih tepat lagi lahir di Semenanjung, dia boleh memohon kod K dengan syarat salah seorang ibu bapa mestilah warga Sarawak.

Mungkin sesetengah orang tidak mengambil endah tentang kod K tersebut, tetapi harus diingat bahawa kod K adalah harta paling bernilai di Sarawak.

Tanpa kod K, anda ibarat pelancong yang terpaksa membawa pasport atau pas lawatan sosial apabila berada di Sarawak.

BACA: Anak minat pengasuh, ibu datang jemput dihalau dengan penyapu! Syahdu ‘scene’ meraung peluk kaki sampai jiran call tanya