Netizen anggap penyanyi terkenal tak serik masuk penjara selepas gambar dalam kelab malam tersebar

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Bekas anggota kumpulan Big Bang iaitu Seungri mencetuskan kemarahan dalam kalangan peminat

susulan penularan foto mirip dirinya berada dalam sebuah kelab malam tersebar.

Ramai beranggapan Seungri masih belum insaf selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi sehingga dia pernah menerima hukuman penjara sebelum ini.

Netizen anggap penyanyi terkenal tak serik masuk penjara selepas gambar dalam kelab malam tersebar

Susulan penularan foto itu, peminat kembali mengungkit kes melibatkannya sebelum ini selain dia menjadi punca kumpulan Big Bang terkubur akibat sikapnya.

Sebelum ini, Seungri pernah didakwa atas tuduhan terlibat dalam aktiviti pelacuran, pengedaran dadah di sebuah kelab elit iaitu Burning Sun yang turut memperlihatkan dia memegang jawatan sebagai pegawai eksekutif ketika itu.

Masih Belum Serik Dari Kes Lalu, Foto Seungri Di Kelab Malam Tuai Kritikan Netizen - KimchiDaily.my

Pada Ogos 2021, bekas anggota Big Bang ini dihadapkan ke mahkamah atas sembilan pertuduhan termasuk mengatur perkhidmatan pelacuran bagi pelabur-pelabur serta terlibat dalam perjudian antarabangsa.

Seungri atau Lee Seung Hyun, 32, didapati bersalah atas semua kesalahan tersebut dan dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun.

Bagaimanapun rayuan yang dibuat di mahkamah telah mengurangkan hukuman kepada 18 bulan penjara dan dibebaskan pada Februari lalu.

BACA: Tak sangka! Rupanya Malaysia pernah didiami oleh orang Yahudi, ini puncanya ramai tak tahu