Seorang aktivis politik Thailand dan penyokong tegar parti kerajaan, Pheu Thai mengadakan satu acara kelmarin
Di mana orang ramai melontar najis manusia pada badannya, lapor portal berita The Pattaya News.
Duangrit Bunnag, 57, mengadakan acara itu di Galeri Seni, Bangkok bagi mengotakan janji politiknya
Bahawa Pheu Thai tidak akan sesekali bergabung dengan parti yang disokong oleh tentera.
Beliau sebelum ini berjanji akan membenarkan orang ramai membuang najis pada badannya jika parti yang disokong, Pheu Thai menyertai gabungan yang disokong tentera iaitu parti Ruam Thai Sang Chart dan Palang Pacharath.
Acara itu berlangsung selama 20 minit dan 12 orang muncul untuk membuang najis ke atas Duangrit.
Duangrit mandi di galeri sama serta meninggalkan tempat itu tanpa bercakap kepada wartawan.
Duangrit berkata, beliau menganjurkan acara itu untuk menjaga kata-katanya dan bukan kerana dendam atau rungutan
BACA: Sebak tengok perjuangan ibu ayah berhujan panas cari anak gadis hilang 13 hari tak balik rumah
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio