“DOAKAN saya jumpa lelaki yang baik-baik, itu sahaja.”
MANJA dan bersahaja. Itu pendekatan pelakon sensasi Sophia Albarakbah mengambil jalan selamat
saat diasak mengenai status hubungan dengan kekasihnya dikenali sebagai Mr. Doktor yang dikatakan sudah pun terlerai.
“Saya malas nak komen mengenai kehidupan peribadi. Saya okey dan tengah sibuk bekerja untuk filem yang bakal menyusul.
“Kehidupan saya seperti biasa, sama sahaja macam sebelum-sebelum ini,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada sambutan Hari Kemerdekaan bersama Viu Lokal Lah di sini, semalam.
Dalam masa sama, aktres drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu tidak bermusuhan dan masih meneruskan hubungan dengan Mr Doktor namun hanya kawan biasa.
“Saya terbuka sahaja, apa-apa pun kami masih kekal berkawan jadi jika kawan-kawan nak datang teman saya menghadiri acara, datang sahaja,” ujarnya yang sering ditemani teman lelaki itu ke majlis-majlis hiburan sebelum ini.
Buat masa ini, pelakon yang bakal muncul menerusi drama bersiri From Saga With Love itu hanya mahu fokus terhadap karier. Kisah putus cinta juga tidak mengganggu fokusnya terhadap perjalanan seni.
Spekulasi patah hati membabitkan aktres berusia 30 itu menjadi bualan apabila dilihat sering memuat naik status hantaran berbaur sedih dalam laman sosial.
BACA: Sebak tengok perjuangan ibu ayah berhujan panas cari anak gadis hilang 13 hari tak balik rumah