‘Apa jadahnya!’, netizen bengang Polis bantuan tak berperikemanusian di KL Sentral

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Stesen Sentral KL adalah sebuah hub pengangkutan awam yang bertaraf dunia.

Ianya dibangunkan dengan kos berbelas bilion Ringgit.Disitulah segala pengangkutan rel berpusat.

Macam-macam orang ada disitu yang datangnya dari Thailand, Singapura, KLIA, dan juga dari dalam negara.

'Apa jadahnya!', netizen bengang Polis bantuan tak berperikemanusian di KL Sentral

Ada pula tiga hotel mewah di depan stesen berkenaan yang rata2nya dihuni oleh orang2 asing. Hilton, Meridean dan St Regis.

Hotel2 mewah ini bukannya hotel harga marhaen . Ianya dihuni orang2 yang berkelas tinggi dan golongan yang hebat2 dari luar negara.

Stesen ini hebat dan berkelas tinggi kerana ianya dimiliki oleh MRCB. Bukannya syarikat biasa2 atau cap ayam.

Namun sayangnya apabila ada seorang dua pekerja yang bermentaliti rendah, ianya boleh memberi gambaran buruk kepada keseluruhan stesen dan imej negara di mata pelancong asing.

Tengahari tadi antara jam 12.45-1.15, kawasan berkenaan hujan.

Laluan berbumbung untuk menurun dan menaikkan penumpang ditutup dengan penghadang. Ada kenderaan yang cuba mengalihkan halangan berkenaan, tetapi polis bantuan tidak benarkan.

Akhirnya orang ramai terpaksa turun naik kenderaan dalam hujan di kawasan yang tidak berbumbung.

Saya tidak berpuas hati dengan polis bantuan berkenaan. Kerana kasihan melihat pakaian orang basah, ada anak kecil dan ada orang tua.
Saya menegurnya….

Beliau minta maaf. Katanya beliau tidak boleh benarkan satu kenderaan masuk. Jika benarkan satu yang belakang akan ikut.

Beliau hanya minta maaf…

Yang peliknya, selepas itu sebuah Toyota Alphard dibenarkan masuk dan saya lihat yang turun seorang pegawai polis dan seorang individu yang saya kategorikan sebagai VIP.

Apa ke jadah ni ???
Kerana kemalasan kamu untuk kawal keadaan. Kerana hendak kerja senang, kamu dera orang lain susah payah naik turun kenderaaan dalam hujan.

Inilah contoh pekerja yang sekadar bekerja untuk dapat gaji. Tidak ada roh untuk maju dalam kerjaya. Dan malang lagi tidak ada rasa tanggungjawab atau rasa berdosa kerana menyusahkan orang.

Satu perkara lagi, sebagai sebuah stesen yang kelas dan bertaraf dunia, kalau boleh janganlah pakai kipas industri dalam stesen. Malu lah…

BACA: Muhyiddin dijangka kalah pemilihan Bersatu, Hamzah Zainuddin ganti Muhyiddin Yassin terajui Bersatu