SEDIH dan pilu membelenggu jiwa seorang wanita di Desa Jikotamo, Kecamatan Obi, Halmahera Selatan,
Indonesia apabila dia dinikahkan dengan bakal bapa mentuanya sendiri lantaran kekasih hati yang menjadi calon suaminya cabut lari.
Lelaki yang sepatutnya menikahi wanita terbabit menghilangkan diri sebelum majlis akad nikah bermula.
Disebabkan ketidakhadiran lelaki berkenaan, bapa kepada lelaki berkenaan mengambil tempat anaknya lalu dinikahkan dengan wanita tadi.
Menerusi video yang viral di media sosial, kelihatan seorang lelaki mengenakan baju kemeja batik lengan panjang yang duduk berhadapan dengan individu yang didakwa sebagai bapa lelaki tersebut.
Video tersebut diteruskan dengan proses ijab kabul antara bapa lelaki dan wanita yang sepatutnya menjadi menantunya.
Memetik TribunNews, abang kepada wanita itu berkata, keluarganya datang ke lokasi akad nikah sebaik sahaja mendapat perkhabaran tersebut.
“Para tetamu sudah datang untuk memenuhi undangan pernikahan.
“Keluarga lelaki itu kemudian memberitahu yang anak mereka hilang tanpa dapat dikesan,” katanya sambil memberitahu yang si adik telah menjalin hubungan cinta yang agak lama dengan pilihan hatinya.
Tambahnya, dia dan keluarga mengalami kerugian sehingga Rp25 juta (kira-kira RM7,630) menguruskan persiapan majlis pernikahan itu.
Dia juga berasa dipergunakan dan turut malu dengan insiden yang telah berlaku.
BACA: Gagal jadi PM buat kali kedua, Muhyiddin disiasat Polis gara-gara cuba rampas kerja tuhan
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio