Ustaz yang merupakan cikgu sekolah ceraikan isteri demi ibu pelajar sendiri, ingatkan janda rupanya isteri orang

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Berbeza dengan zaman dahulu, kini ibu bapa dan guru majoritinya mempunyai grup WhatsApp kelas untuk berbincang tentang urusan persekolahan anak-anak.

Namun siapa sangka, medium yang sepatutnya memudahkan proses komunikasi ini malah menjadi ruang menyemai bibit-bibit perselingkuhan.

Bermula dengan sekadar mesej tanya pendapat, akhirnya berkasih sayang hingga skandal

Ustaz yang merupakan cikgu sekolah ceraikan isteri demi ibu pelajar sendiri, ingatkan janda rupanya isteri orang

Itulah kisah benar yang didedahkan oleh Puan Sharifah Zahidah sekaligus menjadi pengajaran buat kita semua.

Seorang wanita ini dikatakan kerap bermesej dengan guru kelas anaknya bagi tujuan meminta pendapat serta berbincang.

Lama kelamaan, kedua-duanya menjadi semakin rapat dan mula menjalinkan hubungan terlarang walhal masing-masing sudah pun berkahwin.

Apabila terkantoi, pendidik berstatus ustaz itu akui beliau tertangkap cintan dengan personaliti manja dan ceria wanita berkenaan.

Sementara isterinya di rumah pula adalah seorang perempuan garang.

Hanya kerana MANJA yang salah ditumpahkan, rosak rumah tangga

Kerana kemaruk dilamun cinta, mereka berdua nekad bercerai dengan pasangan masing-masing.


Walaupun bekas pasangan mereka cukup baik melaksanakan tanggungjawab sepanjang mendirikan rumah tangga, kini segalanya berakhir akibat hadirnya orang ketiga yang mencurahkan perhatian kepada individu tidak sepatutnya.

Sudahlah diri tak mampu & dibantu isteri, boleh pula cair dengan kemanjaan orang lain

Bekas suami wanita itu kemudiannya bertemu dengan bekas isteri ustaz.

Kebenaran terbongkar, rupanya sikap garang yang dizahirkan adalah daripada kegagalan suaminya memberikan nafkah mencukupi sehingga si isteri terpaksa melakukan banyak kerja untuk menampung hidup.

Di saat perasaan isteri sendiri terabai, suami malah lebih suka mendengar luahan perempuan lain.

Di mana rasa hendak bermanja jika perkahwinan sendiri sudah terlalu penuh dengan masalah?

BACA: Glasier di Zermatt mencair, rangka pendaki yang hilang lebih 50 tahun lalu dijumpai di Swirtzerland