Jika anda pernah melihat dengan teliti pada tayar pada kereta anda atau menyentuh tayar semasa merayau-rayau di sekitar kedai kereta,
anda mungkin pernah melihat rambut-rambut kecil pada tayar-tayar yang dipamerkan di kedai tersebut.
Pernahkah anda tertanya-tanya, mengapa tayar-tayar mempunyai rambut halus ini?
Adakah rambut-rambut halus pada tayar ini mempunyai fungsi tertentu atau semata-mata terhasil ketika proses pembuatan tayar-tayar tersebut?
Ramai daripada kita mungkin perasan akan kewujudan rambut-rambut pada tayar ini namun malangnya tidak ramai yang tahu ia sebenarnya mempunyai fungsi tertentu.
Apakah rambut-rambut kecil pada tayar itu?
bulu halus tayar
Terletak di bahagian menegak tayar, yang juga dikenali sebagai dinding sisi, bulu getah kecil yang ada pada tayar ini dikenali sebagai “vent spews” atau misai tayar.
Menurut Will Robbins, pengarah strategi produk pengguna untuk Bridgestone Americas, rambut ini adalah hasil daripada proses pembuatan tayar dan berlaku apabila acuan corak bunga ditekan ke dalam tayar baharu.
“Setiap acuan adalah khusus untuk saiz dan jenis tayar yang sedang dibuat,” kata Robbins.
“Apabila corak ditekan ke dalam getah tayar, getah tambahan atau yang tidak diperlukan memerlukan cara untuk melepaskan diri dari acuan.” Oleh kerana lubang keluar bersaiz lubang jarum dicipta sepanjang setiap acuan, rambut halus pada tayar akan terhasil.
Tiada bilangan rambut yang ditetapkan pada setiap tayar. Jumlah bilangan tepat saluran getah ini berbeza-beza berdasarkan reka bentuk dan saiz tayar. Tetapi kehadiran rambut tayar ini adalah sesuatu yang universal.
Ia tidak lebih daripada sisa-sisa proses rumit yang menghasilkan tayar yang kuat dan tahan lama yang selamat untuk pemanduan anda setiap hari.
Dari manakah datangnya rambut pada tayar?
kilang tayar
Semburan getah ini penting dalam proses membuat tayar. Semasa pembuatan tayar, proses yang dikenali sebagai pemvulkanan berlaku. Ini adalah apabila getah mentah dipanaskan dan dibentuk menjadi bentuk tayar.
Beberapa lebihan getah akan meresap keluar melalui lubang kecil atau saluran dalam acuan. Apabila tayar menjadi sejuk dan getah menjadi pejal, helaian rammbut halus ini kekal melekat pada permukaan tayar.
Penghasilan rambut-rambut halus pada tayar ini membantu memastikan tiada gas terperangkap atau gelembung udara dalam tayar yang boleh menjejaskan integriti dan prestasi strukturnya.
Adakah rambut pada tayar menjejaskan pemanduan dan keselamatan?
tayar licin hujan 111
Mereka tidak mempunyai sebarang kesan ke atas pemanduan yang selamat. Kerana ia ditemui pada bahagian getah tayar yang tidak mengenai jalan maka ia tidak mempunyai kesan ke atas seberapa baik tayar anda mencengkam turapan dalam cuaca hujan atau keselesaan keseluruhan perjalanan.
Rambut getah ini juga tidak memberi kesan kepada bunyi jalan raya atau menyebabkan tayar anda menghasilkan sebarang bunyi tambahan semasa anda memandu. Mereka hanyalah bukti kedatangan tayar baru di dunia.
Cara membezakan tayar baru dengan tayar lama
Seperti mana yang kita tahu, anda boleh membeli tayar terpakai, tayar lorek dan tayar lorek di pasaran.
Tayar terpakai mudah dibezakan melalui bunga pada tayar tersebut yang sudah berkurangan. Walaupun bagaimanapun, terdapat lambakan tayar toreh dan tayar celup di pasaran yang boleh menyebabkan kebanyakan pembeli tayar baru terkeliru dan tertipu dengan penjual.
Tayar toreh ialah tayar yang sudah botak dan ditoreh semula oleh ‘industri belakang rumah’ secara haram dan tidak menepati mana-mana piawaian keselamatan. Tayar toreh berbahaya kepada pemandu dan penumpang kenderaan yang menggunakan tayar jenis itu, tetapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain.
Bunga tayar toreh kurang memuaskan. Cengkaman semasa di jalan raya kurang dan mudah menyebabkan kenderaan hilang kawalan terutama dalam cuaca buruk seperti hujan. Walau bagaimanapun, ianya menjadi pilihan kepada segelintir pembeli kerana harganya lebih murah.
Tayar toreh berbeza dengan tayar celup. Tayar celup melibatkan proses pembuatan yang baru dan diiktiraf oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).
Tayar baru biasanya akan haus dalam tempoh tiga hingga empat tahun dan selepas itu tayar tersebut boleh dicelup semula oleh industri celup tayar sebanyak dua kali. Pembuat tayar celup akan meneliti dan memeriksa tayar-tayar ini dan memilih tayar-tayar yang selamat untuk dicelup semula manakala yang tidak sesuai akan dibuang untuk dikitar semula.
Walau bagaimanapun, segelintir penjual yang tidak jujur biasanya akan menjual tayar celup atau toreh pada harga tayar baru yang semestinya lebih mahal. Lalu, bagaimanakah caranya untuk membezakan tayar baru dengan tayar terpakai, tayar toreh dan tayar celup?
Mudah sahaja, perhatikan kewujudan rambut-rambut halus pada tayar. Sekiranya ada, maka tayar yang anda beli itu adalah tayar baru kerana tayar terpakai, tayar toreh dan tayar celup sama sekali tidak akan mempunyai ramut-rambut halus pada tayar ini!
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio