Nampak sama tapi ada perbezaannya, ini sebab kenapa mentega lagi baik dari marjerin ramai mak-mak tak tahu

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Seperti yang kita ketahui margarine merupakan salah satu bahan yang selalu kita gunakan dan margarine adalah bahan gantian

kepada mentega kerana harganya yang lebih murah dan sesuai digunakan didalam makanan kita di Malaysia.

Tambahan pula, bagi para wanita yang gemar membuat kek atau biskut sudah tentu mereka akan memilih margarine

Nampak sama tapi ada perbezaannya, ini sebab kenapa mentega lagi baik dari marjerin ramai mak-mak tak tahu

kerana harganya yang lebih murah dari mentega dan kuantitinya juga lebih banyak dari mentega.

Namun begitu, ramai yang tidak tahu sebenarnya mentega lebih baik dari margarine.

Ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang mengapa mentega lebih baik dari margarine yang anda perlu tahu.

MENGAPA MENTEGA (BUTTER) LEBIH BAIK DARI MARGARINE

Sebelum ini ramai orang, seperti saya, menganggap bahawa margarine lebih sihat dari mentega. Ini kerana kita sering diberitahu melalui iklan bahawa margarine adalah pengganti yang lebih sihat dan murah kepada mentega. Pada hakikatnya mentega lebih baik dari margarine.

Mentega diperbuat dari bahan yang asli iaitu kream (dari susu) dan sedikit garam. Itu pun jika kita memilih keju masin (salted butter). Jika tidak, mentega tanpa garam hanya diperbuat oleh susu sahaja.

Margarine pula diperbuat dari proses yang diperbuat oleh industri pemakanan dari minyak (yang bersifat cecair dalam susu bilik) kepada bahan transfat (yang menjadikan cecair minyak sebagai pepejal). Jadi ia bukanlah sesuatu yang natural tetapi sesuatu bahan tidak lagi natural dan berbahaya pada kesihatan.

Margarine dicipta sebagai alternatif mentega kerana ia lebih murah dan lebih mudah dihasilkan dengan banyak bermula semenjak tahun akhir 1800an lagi.

Pada masa itu (awal 1900an) permintaan terhadap mentega terlalu banyak berbanding dengan pengeluaran susu (bahan utama membuat mentega) yang semakin mahal. Jadi margarine dihasilkan secara besar-besaran agar ia boleh dinikmati oleh golongan yang berpendapatan rendah.

Margarine dihasilkan dengan menambahkan hydrogen pada minyak sayuran agar ia lebih stabil, menjadi beku, dan mudah disapu pada roti. Oleh kerana margarine lebih murah jadi ia menjadi popular dan boleh dibeli oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Lemak sihat seperti omega 3 adalah sangat penting untuk perkembangan dan fungsi otak. Kita juga memerlukan vitamin A, D dan E (vitamin serap lemak). Jadi lemak sihat ini penting dan terdapat hanya pada susu dan mentega. Tidak ada pada margarine.

Transfats dalam margarine bertindak tidak seperti minyak sihat yang ada pada susu dan mentega kerana struktur sebatian transfat berbeza. Ia boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Dalam kajian terbaru (Dalainas & Ioannou, 2008) menunjukkan pengambilan transfat dalam makanan boleh menyebabkan masalah penyumbatan saluran darah pada jantung sebanyak 23%.

Dalam kajian lain pula menunjukkan pengambilan transfat boleh meningkatkan risiko mendapat dementia di kalangan warga tua.

Mentega

Sementara mentega pula penuh dengan vitamin yang meningkatkan sistem daya tahan. Ia juga mempunyai sebatian Lauric Acid (juga terdapat pada susu ibu dan minyak kelapa) dalam kuantiti yang sederhana tetapi sangat penting.

Mentega juga mengandungi lemak tepu yang membekalkan banyak tenaga terutama atlet dan mereka yang bekerja menggunakan banyak tenaga.

Bagi mereka yang bekerja di ofis (tidak menggunakan banyak tenaga) atau pesakit kronik seperti diabetes, pesakit tekanan darah tinggi atau pesakit yang mempunyai kolestrol yang tinggi, boleh mengambil mentega dalam kuantiti yang sederhana setelah mendapat pandangan doktor yang faham tentang nutrisi.

Kesimpulannya mengambil mentega lebih baik dan bermanfaat dari mengambil margarine dalam kuantiti yang sederhana.