Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang suami memaafkan isterinya
selepas wanita itu ditangkap menjalinkan hubungan terlarang dengan lelaki lain, lapor laman berita Suara.com semalam.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @terangmedia. Kejadian berlaku di Jambi pada Rabu lalu.
Seorang wanita bertopi keledar kelihatan dikerumuni orang ramai di dalam sebuah rumah selepas dia ditangkap oleh suaminya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.
Walaupun ditangkap curang, si suami didakwa memaafkan perbuatan wanita itu kerana dia dikatakan masih menyayangi isterinya.
Suami maafkan isteri selepas ditangkap basah bersama lelaki lain kerana masih cinta……
Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan sepasang lelaki dan wanita ditangkap basah oleh sekumpulan orang lelaki termasuk suami wanita tersebut.
Ketua Polis Tanjabbar… pic.twitter.com/3vy4YfaxcM
— MYNEWSHUB (@mynewshub) August 25, 2023
Lelaki itu juga enggan membawa isterinya dan kekasih wanita tersebut ke balai polis.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Mungkin lelaki itu menumpang kekayaan isterinya. Kalau lelaki normal, dia masih mempunyai harga diri dan tidak akan memaafkan isterinya,” komen seorang netizen.
“Suaminya tidak mempunyai maruah,” komen netizen lain.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio