Wanita hiba ibu mentua ‘alim’ geli sentuh cucu sumbing, siap minta anak cerai isteri

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Seorang wanita tidak menyangka bahtera rumah tangga yang baru dibina hancur berkecai selepas dia melahirkan bayi berbibir sumbing.

Hancur hatinya, bekas suami wanita yang bernama Anis itu juga enggan menerima kenyataan bahawa anak sumbing mereka mengalami kecacatan penglihatan.

Sudahlah disalahkan suami, jiwa Anis semakin dirobek apabila ibu mentuanya langsung tidak mahu menyentuh bayi berbibir sumbing yang tidak berdosa itu.

Wanita hiba ibu mentua ‘alim’ geli sentuh cucu sumbing, siap minta anak cerai isteri

Bagai tidak menerima takdir, Anis tidak pernah menduga situasi itu boleh berlaku kerana ibu mentuanya dikenali dengan imej alim dan kuat beragama.

Enggan peduli dengan tanggapan suami dan keluarga mentua, Anis tetap melihat anaknya sebagai anugerah terindah dari Ilahi yang cukup sempurna.

Tidak hairan dengan desakan ibu mentua untuk bercerai, episod gelap di dalam hidup Anis bermula saat umur anaknya, Zulaikha mencecah enam bulan.

Ketika itu, ibu mentuanya memperkenalkan seorang wanita untuk dijadikan madu dan Anis dengan hati terbuka menuruti segala kemahuannya.

“Bohong kalau tidak sedih sebaik mula-mula mendapat tahu suami ingin berkahwin lain. Namun apa pilihan yang saya ada,” katanya memetik Utusan Malaysia.

Berharap tindakannya bersetuju untuk bermadu dapat memujuk suami menerima Zulaikha, angan-angan itu berkecai apabila ‘bakal madu’ Anis enggan berkongsi kasih.

Hasil campur tangan ibu mentua, suami yang mulanya berat hati untuk melepaskan kemudian menceraikan Anis dengan talak satu.

Dulunya bergantung kepada suami, Anis belajar berdikari dan atas nasihat rakan, Zulaika didaftarkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Setelah mencecah usia lima tahun, Zulaika dihantar menyertai Program Pemulihan Dalam Komuniti untuk diberi pemulihan dan pembelajaran.

“Awalnya, semua terlalu sukar tetapi saya perlu kuat dan cekal demi anak. Bagi mencukupkan keperluan, saya perlu bekerja menyara keluarga.

“Alhamdulilah sejak dihantar ke sekolah pendidikan khas potensinya dapat dicungkil dan berupaya menguruskan diri sendiri.” Kongsi Anis.

Sudah 15 tahun berlalu, Anis telah lama memaafkan bekas suaminya walaupun lelaki itu tidak lagi berhubungan dengan mereka dua beranak setelah sah bercerai.

Baca juga:‘Satu bilik, satu hotel, kau kata tak buat apa-apa!’ ,Wanita kantoi curang dalam bilik hotel depan anak