“Jangan encik, saya takut bapa saya, dia samseng”, Gadis ini merayu dilepaskan lepas kantoi buat projek di kubur cina

Oleh FAHMI ABBAS

Seorang gadis menangis dan merayu agar dirinya dilepaskan oleh orang awam s

etelah ditangkap melakukan maksiat bersama seorang lelaki di kawasan kubur Cina.

Lebih memalukan lagi apabila dalam satu video yang tular di negara jiran beberapa hari lepas itu,

"Jangan encik, saya takut bapa saya, dia samseng", Gadis ini merayu dilepaskan lepas kantoi buat projek di kubur cina

sumber melaporkan bahawa mereka berdua dalam keadaan tidak memakai seluar.

Tambah sumber, kejadian ini berlaku di satu kawasan perkuburan cina di Tangerang, Indonesia. Difahamkan, saat mereka ditangkap, mereka sedang asyik melakukan perbuatan tidak senonoh itu pada waktu malam.

Sumber Tribun juga melaporkan bahawa mereka berdua dilihat ketakutan sambil menutup wajah serta kemaluan mereka.

“Jangan encik, saya takut bapa saya, dia samseng,” rayu wanita tersebut dalam bahasa Sunda.

Difahamkan kejadian ini berlaku pada hari Khamis (24/8/2023) lepas, kira-kira jam 9.30 malam.

Perbuatan mereka itu dapat dihidu oleh orang awam apabila mereka berdua kerap menaiki motor ke kawasan gelap di tanah perkuburan itu.

Kedua-dua pasangan itu telah dibawa ke balai polis.

Memetik laporan detik.com, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tangerang,

Arief Nazarudin Yusuf mengatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai hal tersebut tetapi masih belum ada laporan dibuat.

Bagaimanapun pihaknya sedang melakukan siasatan berkaitan dengan video tersebut.

BACA: Sekarang ramai mampu pergi swasta dengan Skim perubatan Madani, ini cara semak kelayakan