“Rupanya tak ikhlas berubah”, Mondy yang dibantu Ebit Lew kembali kepada kehidupan lamanya

Oleh FAHMI ABBAS

Nama wanita ‘gelandangan’ asal Indonesia, Mondy Tatoo pernah menjadi sebutan ramai suatu ketika dahulu

Setelah dibantu oleh pendakwah kontroversi, Ebit Lew.

Mengundang perbincangan hangat, wanita bertatu itu dibawa Ebit Lew terbang ke Malaysia untuk berhijrah dan membina masa depan baharu di negara ini.

"Rupanya tak ikhlas berubah", Mondy yang dibantu Ebit Lew kembali kepada kehidupan lamanya

Sempat berniaga bersama-sama menerusi platform atas talian, kehadiran Mondy rupanya tidak disenangi oleh ramai pengguna media sosial tempatan.

Tidak hanya dituduh berlakon, Ebit Lew turut terkena tempias apabila didakwa menjadikan penghijrahan wanita berstatus janda itu sebagai ‘content’ semata.

Setelah menerima kecaman yang bertubi-tubi, Mondy kemudian tidak tampil lagi di akaun milik pendakwah itu dan dikatakan sudah kembali semula ke Indonesia.

Hampir dua bulan mendiamkan diri, Mondy kembali menyita perhatian setelah berkongsi satu hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

@mondy_tatto #beranda #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #podcast #mondytatto #sadvibes ♬ suara asli – Venybaper

Mengejutkan, Mondy dilihat sudah kembali kepada penampilannya sebelum ini dengan tidak mengenakan hijab dan berubah kepada ‘perangai’ asalnya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna media sosial sudah menjangkakan bahawa penghijrahannya sebelum ini tidak ikhlas.

Ada juga individu berpendapat bahawa situasi tersebut berpunca daripada tindakan Mondy yang berubah disebabkan orang lain, bukanlah kemahuan sendiri.

“Dugaan netizen memang betul ya, pasti kembali lagi kepada asalnya,” komen seorang pengikut yang kecewa dengan perubahan wanita tersebut.

“Nak berubah itu pada diri sendiri. Orang lain tidak akan mampu mengubahnya. Mungkin dia tak puas lagi dengan kehidupan yang dahulu.” Kongsi pengguna lain.

Terdahulu, rakyat Malaysia tidak menyambut baik tindakan Ebit Lew membantu Mondy kerana merasa sangsi dengan latar belakang wanita tersebut.

Bukan ‘gelandangan’ seperti digambarkan Ebit Lew, wanita itu sebenarnya adalah seorang selebriti media sosial yang mempunyai jutaan pengikut di akaun TikTok.

Merupakan sosok yang cukup popular di negara asalnya, Mondy juga pernah dijemput untuk tampil dalam beberapa program terbitan stesen televisyen Indonesia

BACA: Ramai lagi tak tahukan? Sebenarnya arah pintu peti sejuk boleh ditukar, ini cara ramai nak tahu