Boleh dikatakan, kereta merupakan kenderaan ‘wajib’ ada dalam kalangan masyarakat Malaysia, khususnya mereka yang tinggal di ibu kota.
Namun, disebalik kerancakan pemilikan kereta, kes kecurian kenderaan juga kerap berlaku.
Memetik fakta yang dikemukakan oleh Koordinator Majlis Pengurangan Kecurian Malaysia Berhad (VTREC)
, Mas Tina Abdul Hamid, nisbah sebuah kenderaan dicuri setiap satu jam 15 minit di negara kita pada tahun lalu.
Tahukah anda, kenderaan jenis apakah yang sering menjadi target pencuri sepanjang tahun lalu? Jom semak:
5. Proton Iswara (101 unit dicuri)
Umum mengetahui Proton Iswara merupakan antara kereta popular keluaran Proton. Dikeluarkan pada tahun 1992 hingga 2008, kereta ini merupakan kereta pilihan umum untuk dijadikan kenderaan keluarga.
Difahamkan, Proton Iswara merupakan kereta yang tidak mudah rosak dan pernah dieksport ke luar negara seperti United Kingdom, Australia dan New Zealand.
4. Perodua MyVi (101 unit dicuri)
Perodua MyVi merupakan kereta subkompak paling popular di Malaysia.
Sejak dilancarkan pada 2005, Perodua MyVi dinobatkan sebagai kereta dengan jualan paling laris selama sembilan tahun berturut-turut, iaitu antara 2006 hingga 2014 dan 2008 hingga 2021.
Perodua MyVi menjadi kereta yang popular dan menjadi piliha pengguna sehingga sekarang.
3. Perodua Kancil (113 unit dicuri)
Siapa yang tidak kenal dengan Perodua Kancil? Sejak dilancarkan pada Ogos 1994, Perodua Kancil merupakan kenderaan popular ketika itu kerana saiznya yang kecil dan harganya yang murah dan penggunaan minyak yang jimat.
Perodua Kancil ditamatkan pengeluaran pada 2009.
2. Proton Wira (170 unit dicuri)
Proton Wira yang dikeluarkan pada 1993 hingga 2009, merupakan sebuah kereta model empat pintu dan lima pintu hatchback yang dibangunkan berdasarkan model Mitsubishi Lancer.
Dijadikan sebagai pengganti Proton Saga, Proton Wira juga terkenal sebagai kenderaan jimat minyak dan mudah untuk diselenggarakan.
1. Toyota Hilux (204 unit dicuri)
Dibangunkan oleh pengeluar kereta Jepun, Toyota Hilux merupakan salah satu trak pikap yang paling laris di Malaysia.
Hal ini disebabkan spesifikasi kereta yang berdaya lasak, tidak mudah rosak dan keupayaan untuk memasuki hutan belantara.
Trak ini juga popular dalam kalangan kontraktor, petani dan peniaga.
BACA: ‘Tengah healing ke tu?’ Tempat pasangan kekasih ini ‘healing’ jadi tumpuan netizen
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio